Menangis & membiru, baby usia 3 hari nyaris maut nenek beri air kosong

Iklan
bayi

Menangis & membiru, baby usia 3 hari nyaris maut nenek beri air kosong

SANGAT memilukan, seorang bayi hampir kehilangan nyawa disebabkan neneknya memberikannya minum air kosong.

Iklan
Iklan

Apa yang menyedihkan bayi tersebut baru sahaja tiga hari dilahirkan.

Baru-baru ini, seorang ibu berdepan detik cemas apabila bayi yang baru dilahirkan telah dikejarkan ke hospital gara-gara diberi minum air kosong oleh neneknya.

Iklan

Kisah tersebut dikongsikan di TikTok oleh seorang jururawat yang dikenali sebagai Nurul Fitria.

Menerusi video yang dikongsi, wanita itu menceritakan bahawa nenek yang dipercayai berasal dari Indonesia telah memberikan cucunya minum air putih disebabkan si ibu belum keluar susu.

Iklan

Baca juga ‘Mesti cantik macam ibu.’ Wany Hasrita selamat bersalin anak sulung, peminat tak sabar tengok baby girl

 

Disebabkan itu, bayi tersebut dipercayai tersedak sehingga membuatkan wajahnya bertukar kebiruan, menandakan keadaan sukar untuk bernafas.

"Tolonglah ibu yang baru melahirkan atau ahli keluarga, jangan beri bayi minum air putih atau apa-apa air selain susu.

"Banyak kali jumpa seperti ini. Baru lahir anak diberi air putih lalu tersedak sehingga menyebabkan sukar bernafas," pesannya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Intensif Neonatal (NICU) selama 16 hari untuk rawatan selanjutnya.

Sementara itu, menurut hellodoktor, obviously, anda tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan bayi di bawah usia enam bulan untuk minum air masak.

Perkara seperti ini tidak boleh dianggap remeh kerana ia boleh mengakibatkan komplikasi serius kepada bayi yang diberikan air masak.

Baca juga ‘Bunga abah, saya suka panggilan tu.’ Kongsi gambar baby, rupanya ramai tak tahu Syafiq Farhain kini bergelar ayah

[caption id="attachment_106181" width="800"] Kredit foto: Freepik[/caption]

Selain itu, ini yang wanita perlu tahu;

1. Susu ibu sudah mencukupi dan seandainya anda memberikan susu formula, pastikan anda mengikut sukatan air yang ditetapkan.

2. Usah menambah jumlah air, ia boleh menyebabkan nutrisi yang diperlukan bayi menjadi tidak cukup.

3. Jika bayi masih menangis selepas diberikan susu, ia tidak bermakna bayi itu masih lapar dan perlu diberikan air tambahan.

4. Tetapi bayi anda mungkin menangis disebabkan rasa tidak selesa, berak atau kencing atau keadaan cuaca yang panas atau sejuk.

Sumber: Nurul Fitria

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!