'Diri masa lalu sangat bertuah. Rindu donat & kopi.’ Ji-soo mahu berat badan kekal 44kg, akui sukar diet!

Iklan
Untitled design_20230823_100145_0000

MENJAGA penampilan diri lumrah bagi insan bernama selebriti, lebih-lebih lagi individu yang terkenal seperti Ji-soo Blackpink.

Justeru, banyak hal yang perlu dikorbankan termasuklah bab memilih makanan yang digemari.

Iklan
Iklan

Bak kata orang, terpaksa tutup mata dan telan liur tatkala memandang orang lain sedang menikmati makanan yang lazat dan mengiurkan.

Iklan

Baca ni ‘Hadiah hari jadi terbaik.’ Berbakat, kaya & terkenal, perkongsian Marian Rivera sempena hari lahir ke-39 tahun raih perhatian!

Baca ni Dulu bintang Bollywood, kini Twinkle Khanna jadi penulis buku. Sambung pengajian pada usia 48 tahun, memang inspirasi!

Iklan

Baru-baru ini, anggota kumpulan Blackpink itu memuat naik luahan hatinya tentang pencuci mulut, donat dan kopi.

Rupa-rupanya pemilik nama sebenar, Kim Ji-soo itu amat menggemari makanan tersebut.

Namun, beliau terpaksa melupakan hasrat tersebut kerana berdepan masalah kesukaran untuk berdiet.

Baca ni Ini rahsia Park Shin-Hye berjaya turunkan berat 10kg sebulan lepas bersalin. Cukup mudah & sihat pula tu!

"Saya kena diet tapi lapar. Susahnya mahu diet, saya ibarat berlawan dengan diri sendiri. Sebab itu saya kena kuat untuk tidak makan berlebihan.

"Rindu donat dan kopi. Diri saya masa lalu sangat bertuah. Teringinnya mahu menikmati makanan kegemaran saya. Seronoknya kalau dapat,” tulis beliau.

Perkongsian penyanyi dan pelakon wanita dari Korea Selatan itu dimuat naik menerusi satu hantaran dalam Instagram Story miliknya.

Ji-soo turut melampirkan bersama foto secawan kopi dan sebiji donat.

[caption id="attachment_122698" width="533"] Gambar sumber Kimchidaily[/caption]

Baca lagi Dikritik gara-gara badan berisi, Aishwarya Rai kini semakin jelita. Pelakon tersohor itu dedah rahsia

JANGAN PAKSA DIRI

Gambar tersebut membuktikan bahawa pelakon Snowdrop itu juga salah seorang penggemar makanan ringan seperti orang lain.

Hantaran buah hati kepada pelakon terkenal Korea, Ahn Bo-hyun itu turut meraih perhatian ramai termasuklah peminat tegar selebriti berkenaan.

Rata-rata meminta beliau supaya tidak terlalu mendesak diri dan berlapar hanya kerana mahu maintainkan berat badannya.

Baca ni Alami PCOS & berat cecah 96kg, penampilan baharu Sara Ali Khan seperti model bikin ramai kagum. Ini rahsianya yang ramai tak tahu!

Difahamkan berat badan penyanyi lagu Flowers itu hanyalah 44 kilogram.

Justeru, beliau mahu memastikan ia kekal langsing dan ideal, sementelah dirinya menjadi idola ramai.

Kasihan, kan Ji-soo ni. Sebenarnya ramai artis lain seperti beliau. Nak buat macam mana, itu jalan yang mereka pilih!

Sumber gambar: Instagram sooyaaa__

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang