‘Cemburu anak-anak buat saya jadi takut...’ Watie lupakan seketika niat timang anak sendiri

Iklan
Untitled design - 2023-10-16T090059.985

DALAM tahun ini, nama Watie Hanifiah paling bermain pada bibir khalayak. Wanita yang mengisi kekosongan hati pelawak, Shuib masyhur sekelip mata.

Memutar seketika pada era mereka menyulam cinta, setiap muat naik video mahupun foto pegun menjadi tular.

Iklan
Iklan

Fasa mereka diisytiharkan menjadi pasangan suami isteri terus menimbulkan paradoks yang mencolok. Mudah kata, ramai menerima, namun terdapat juga yang sakan mencela.

Namun, keputusan Watie mutlak. Komposisi hati wanita itu kuat mengatakan Shuib tercipta untuk dirinya.

Iklan

Baca ni Rindu & sayang, foto Shuib, Watie & Adik Miza undang sebak, warganet terbayang Siti Sarah masih ada

Iklan

Tidak rugi mempertahankan perasaan umpama seorang kesatria. Anak kelahiran Ipoh, Perak itu tidak pernah dianggap ibu tiri oleh empat anak Shuib, hasil perkahwinan dengan arwah Siti Sarah Raissuddin.

Pada pertemuan baru-baru ini, terasa kami sudah lama saling mengenali. Justeru, banyak pertanyaan yang sudah lama tersemat rapi dijawab personaliti berusia 35 tahun itu.

Pertama, aliran cerita kami terarah pada pelayaran kehidupannya kini.

Daripada hati terdalam, beliau berkata:"Saya bersyukur dan terharu kerana semuanya kini sudah lengkap. Alhamdulillah, rezeki saya kahwin, terus dapat anak (sambil tertawa). Kalau orang lain, selepas kahwin masih berdua, tetapi saya berbeza.

"Namun, saya katakan kepada Shuib, umur saya bukan muda lagi. Jika beliau selesa dengan status duda dan anggap kami sekadar kawan, maka saya rela tarik diri. Siapa sangka, beliau memang serius. Berkat doa dan restu kedua-dua belah keluarga, akhirnya kami diijab kabulkan."

Baca lagi Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

 

Namun, ungkapnya, pada saat relasi semakin bahagia, ia tiba-tiba diganggu-gugat oleh para anasir beremosi jahat.

Enggan tersasar daripada taakulan asal, Watie terus melemparkan nista yang dihamburkan jauh-jauh. Bagi tuan punya badan, selagi Shuib dan anak-anak termasuk keluarga tahu cerita sebenar, ia sudah memadai.

"Mereka terima kehadiran saya dengan baik. Mereka selesa dengan saya dan ia memudah serta meyakinkan saya untuk menempatkan diri dalam keluarga mertua. Bahkan, bapa mertua Shuib iaitu ayah arwah Sarah sendiri yang minta kami percepatkan pernikahan," ungkapnya lagi.

Baca lagi Shuib, Watie tuju hari bahagia, minta jangan ungkit kisah lama

TANGGUNGJAWAB PENTING

Betapa pantasnya masa berlalu menyaksikan sudah lima bulan Watie bergelar permaisuri kepada Shuib. Akui wanita berketinggian 158 sentimeter itu, dirinya cukup bahagia.

"Ya, saya sangat bahagia! Punya anak-anak dan suami yang begitu menyayangi. Walaupun saya kini seorang suri rumah, uruskan anak-anak ke sekolah dan sebagainya, saya tetap gembira.

"Itu permintaan Shuib sebelum kami berkahwin lagi dan saya akur (jadi suri rumah). Kini, hanya dua orang anak yang tinggal bersama kami iaitu Dekta (Dzahira Talita Zahra, 10) dan Matin (Ariq Matin, 7). Ayash (Ayash Affan, 2) di bawah jagaan emak Shuib, Salamiah Jalani. Dua minggu sekali mereka akan datang ke rumah kami. Demikian juga dengan Uwais (Uwais Alqarni, 12) seminggu sekali," dedahnya yang sudah melepaskan obligasi mengurus restoran sendiri kepada kakak tersayang.

Tatkala ditanya rahsia mencuri hati si cilik dengan begitu mudah, beliau tertawa kecil.

"Sejujurnya saya sendiri tak terbayang akan perjalanan hidup saya akan begini. Alhamdulillah, anak-anak cukup mendengar kata, tipulah kalau kata tidak nakal. Itu lumrah anak-anak.

"Ada masanya saya akan cakap 'tidak' untuk satu-satu perkara. Mereka boleh terima tanpa membandingkan saya dengan arwah. Bahkan, anak-anak banyak sebut tentang persamaan saya dengan arwah Sarah dalam banyak hal. Saya cukup terharu apabila Uwais, Dekta, Matin dan Ayash anggap saya seperti ibu mereka sendiri," ungkapnya.

Dari satu sudut, beritahu Watie, layanan Shuib terhadap dirinya dan empat permata hati juga sama rata.

Baca lagi ‘Terima kasih pilih saya jadi mummy awak’. Ucapan Watie sempena hari lahir anak Shuib buat ramai terharu

ZURIAT SENDIRI?

Keakraban Watie dengan si kecil nampak telus, tidak dibuat-buat demi sebuah konten. Majoriti khalayak mengakui kejujuran wanita itu.

Namun, sudah resam orang berkahwin, pastinya mengidamkan memiliki anak sendiri. Kepada empunya diri, soalan itu terus dimajukan.

Menghela nafas buat seketika, Watie berkata, pada saat ini, matlamat teratasnya adalah untuk membesarkan keempat-empat cahaya mata Shuib terlebih dulu.

"Sebenarnya, saya dan Shuib buat masa sekarang belum merancang untuk memiliki zuriat sendiri. Namun, anak-anak selalu cakap bagilah adik baharu, namun sikap cemburu mereka dengan adik sendiri (Ayash) buat saya jadi takut. Itu yang membuatkan saya terfikir bagaimana suatu hari nanti andai saya punya anak sendiri?

"Sebab itu saya akan cakap, selagi mereka tak boleh layan adik sendiri dengan baik, maka saya tak akan beri adik baharu. Bayangkan kalau saya rapat atau layan Ayash lebih, yang lain akan cakap 'Ayash tu semua boleh, kami tak boleh'," tutur wanita penuh pesona sambil disulami tawa kecil.

Cerita tentang zuriat nampaknya menyentuh dermaga hati Watie. Tuan punya badan dilihat sangat toleransi, realistik, berdiplomasi, tidak memikirkan diri sendiri dan banyak berkompromi tentang perihal itu.

Menyambung kata:"Bohonglah andai kata saya tidak mahu timang anak sendiri. Namun, sejujurnya, saya takut apabila soal zuriat menjadi sebutan. Sejak awal memasuki keluarga Shuib, saya tahu keperluan diri saya adalah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak. Sekarang hubungan kami sangat rapat, jadi bagaimana kelak layanan saya andai diberikan zuriat sendiri?

Baca lagi Adik Miza seiras Siti Sarah, netizen sebak Raissudin lepas rindu, ramai kata macam adik-beradik dengan Uwais

"Saya takut nanti akan timbul soal beza membezakan. Bagaimana perasaan mereka kelak? Adakah mereka terasa disisihkan? Demikian juga waktu mengajar mereka, saya terfikir jika anak sendiri, beginikah layanan saya kelak?," soalnya.

Terlalu banyak inti pati yang menambat benak Watie. Namun, kepada ALLAH beliau berserah.

"Sejujurnya, saya bukanlah pandai mengurus anak-anak, tetapi ALLAH permudahkan segalanya. Mungkin belum masanya untuk saya ada anak sendiri lagi. Budak-budak ini pun sangat rapat dan asyik berkepit sahaja," selorohnya yang kelihatan cuba menutup rasa galau dalam sanubari.

Baca lagi“Tunaikan segala impian yang tersayang”, pesan Shuib sempena setahun pemergian isteri

CERITA KAKAK OKU

Keterbukaan berkongsi hal peribadi telah membuatkan penulis berani untuk bertanyakan hal mengenai kakaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU).

Ya, Watie tidak menolak untuk bercerita lanjut dan mengakui tidak malu untuk melebarkan kenyataan tersebut.

Tutur beliau, kakaknya sudah dilahirkan tidak sempurna sejak lahir. Hanya boleh merangkak, tetapi tidak boleh berjalan.

"Sejak berumur 10 tahun, saya dan ahli famili lain sudah diberi tanggungjawab mengurus kakak yang kini sudah pun berusia 40 tahun. Saya belajar cara nak mandikan, pakaikan baju, suap kakak makan dan tugasan yang lain," katanya.

Selepas bergelar isteri, ujar Watie, adik-beradik lain memahami statusnya. Justeru, seorang kakak lagi dan adik beliau mengambil alih meneruskan kewajipan penting itu.

Manusia sememangnya berselirat dengan banyak tanda tanya lebih-lebih lagi kalau pada mata mereka ada sesuatu yang tidak kena.

Baca lagi Tinggalkan Diriku, Shuib selit perbualan akhir bersama arwah isteri

Menurut Watie, beliau dihujani dengan soalan yang mahu tahu tentang cabaran memiliki kakak OKU.

"Begini, pada saya, itu bukan cabaran atau dugaan, ia lebih kepada tanggungjawab. Saya tidak malu, bahkan bangga bawa kakak bersama-sama menjual kerepek waktu kecil dahulu. Apabila ada orang beri duit RM50, saya gembira. Ketika itu, saya masih kecil dan tak faham sebenarnya mereka kasihan melihat situasi kakak.

"Pada masa sama, ada yang kaitkan rezeki saya berkahwin dengan Shuib kerana saya berbuat baik kepada kakak OKU, sedangkan saya lakukannya seikhlas hati tanpa memikirkan ganjaran. Jika apa yang saya peroleh kini ada kaitan dengan apa yang saya lakukan ke atas kakak, maka saya amat bersyukur. Barangkali itu rahsia ALLAH yang kita tak tahu," kata wanita berjiwa besar itu.

Kami berdua larut dalam emosi yang penuh rawan. Sememangnya tiada niat berbuat demikian, namun lebih mahu menjadikan susur-galur cerita Watie itu menjadi pedoman untuk masyarakat.

Baca lagi Selamat Pengantin Baharu. Sabri Yunus kini sah suami Angeline Tan

Babak itu dibiarkan berlalu. Penulis menguak pula topik tentang dunia fesyen yang semakin menjadi kecenderungan Watie.

"Ya, saya memang suka berfesyen. Ada masanya Shuib menegur supaya saya perbetulkan pemakaian. Saya akui kini ke arah yang lebih baik sesuai dengan imej berhijab.

"Saya cuba menggayakan busana yang lebih sopan, namun tetap tampil cantik. Lagipun, kalau tak cantik nanti suami pandang ke arah lain pula, kan?," kata Watie bercanda.

Paling akhir, penulis dengan perlahan mula membangkitkan tentang kemungkinan wujud emosi cemburu dengan suri hati Shuib yang telah meninggalkan dunia fana ini.

"Tiada istilah terasa, cemburu atau berjauh hati setiap kali Shuib menyebut fasal arwah. Jika orang lain pasti cemburu dibandingkan dengan arwah dalam segala hal. Namun, saya sebaliknya. Cuma saya mudah tersinggung jika apa yang saya tanya tidak mendapat reaksi Shuib.

"Kadangkala hal simple sahaja tentang pemilihan baju misalnya. Selain itu, saya juga jenis pelupa dan itu sering membuatkan Shuib marah. Pernah saya tertinggal telefon dan apabila ditegur, saya menangis," kongsi Watie sambil tertawa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang