PENYANYI Jaclyn Victor dinobat sebagai juara All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dalam pertandingan akhir yang berlangsung malam tadi.
Penghibur berusia 45 tahun itu membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000, trofi, pakej percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan saucer dekorasi ruangan sumbangan Ritz Reka.
Pemilik nama Jaclyn Joshua Thanaraj Victor itu turut menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan produk Adabi bernilai RM500.
Persembahan mantap Jaclyn menerusi lagu When You Believe, Sandarkan Pada Kenangan (duet bersama Datuk Jamal Abdillah) dan Let’s Kill This Love bergandingan dengan Siti Nordiana, Liza Hanim serta Tomok) untuk di pusingan battle menawan hati para juri sekali gus menafikan kedudukan tujuh pesaingnya di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Vokal lunaknya meletakkan beliau sebagai salah seorang penghibur terbaik Malaysia sebaris penyanyi terkemuka tanah air yang lain iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Misha Omar.
Hingga kini pelantun Di Bawah Pohon Asmara telah mengumpul 10 trofi Anugerah Industri Muzik, lima trofi Anugerah Juara Lagu, dua trofi Anugerah Bintang Popular dan dua trofi Anugerah Planet Muzik.
Jaclyn juga telah memenangi satu trofi Anugerah Skrin, Festival Filem Malaysia, Anugerah Shout! dan Anugerah Era.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!