PENYANYI kecil molek, Mila Jirin memberi bayangan bakal kembali menyanyi tidak lama lagi selepas enam tahun tidak beraksi di persada seni.
Perkara tersebut dikongsikan empunya diri bersama media baru-baru ini ketika beliau ditemui dalam majlis resepsi penyanyi dan komposer Amylea Azizan.
Terdahulu, majlis resepsi Amylea bersama suaminya, Mohammad Aqbar atau Ash, 41, berlangsung dalam suasana meriah serta dihadiri lebih 400 tetamu terdiri daripada keluarga, saudara mara, kenalan rapat, sahabat serta rakan selebriti.
Pemilik nama sebenar, Noorsyarmilla Jirin ketika itu bertanggungjawab sebagai perancang perkahwinan buat selebriti berkenaan.
Dedah bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5) pada 2007 itu lagi, sebelum ini beliau tidak dapat berbuat demikian kerana sibuk menguruskan bisnes. Sementelah anaknya masih kecil dan memerlukan perhatian khusus.
"Waktu itu, suami pun tidak benarkan kerana bimbang saya tidak mampu membahagikan masa antara rumahtangga dan juga nyanyian. Sementelah anak kecil lagi dan masih menyusu sehingga umur empat tahun.
"Sebelum ini suami risau jika saya tidak boleh beri fokus terhadap kerja. Kini tiada masalah lagi memandangkan anak pun sdah tujuh tahun dan bisnes pula berjalan lancar dengan adanya bantuan team saya yang akan membantu menguruskannya." jelasnya.
Sekadar makluman, wanita kecil molek yang berasal dari Perlis itu mendirikan rumah tangga dengan suami yang juga bekas pengurusnya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada November 2015. Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohd Arif Zikri.
DARAH SENI
Beliau sebelum itu pernah melepaskan kerinduan dengan menyanyi di aplikasi TikTok. Rata-rata peminat beliau memintanya untuk kembali menyanyi.
"Kata orang darah seni yang mengalir dalam diri tidak mampu menyekat saya untuk kembali semua dalam industri. Selain diTikTok, ada juga sesekali saya penuhi permintaan pengantin yang ingin saya menyanyi dalam majlis mereka.
"Jika kebetulan saya hadir dalam majlis tersebut, saya tidak kisah untuk berbuat demikian dan tiada sebarang bayaran tambahan dikenakan.
"Kini selepas enam tahun, saya rasa sudah sampai masanya untuk buat 'comeback'. Mujur juga suami sudah beri 'green light' untuk saya kembali menyanyi," ungkapnya lagi.
Kongsi Mila lagi, walaupun suami sudah mengizinkan namun hanyalah setakat menghasilkan single terbaharu, manakala untuk persembahan di pentas, masih dalam proses 'memujuk'.
"Buat masa sekarang, saya sedang membuat rakaman single terbaharu yang bergenre balada.
"Memang teruja sangat dapat masuk studio dan bekerjasama dengan Amylea. Malah, saya juga berpuas hati dengan pemilihan lagu yang boleh dikatakan sesuai dengan usia yang matang sekarang," ungkap Mila lagi.
Beliau dalam pada itu turut ditanya mengenai pembabitan dalam program Gegar Vaganza. Ini jawapan yang diberikan oleh tuan punya badan:"Setakat ini, saya belum mendapat apa-apa tawaran lagi.
Baca ni ‘Done kahwin lagi sekali.’ Kongsi gambar busana pengantin, Farah Lee kembali bergelar isteri
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang