SAAT mengharukan apabila enam kanak-kanak cacat pendengaran atau pekak berumur satu hingga 11 tahun dapat mendengar selepas menjalani rawatan terobosan.
Situasi tersebut merupakan satu keajaiban kepada mereka.
Kanak-kanak dari China dan Amerika Syarikat (AS) itu dilahirkan dengan mutasi gen di mana ia menyekat pengeluaran protein yang diperlukan untuk pendengaran.
Para saintis menyuntik gen yang dipanggil otoferlin (OTOF) ke dalam telinga berfungsi menghasilkan protein yang hilang itu.
Baca juga:Awas! 4 perkara yang biasa dilakukan boleh menyebabkan telinga pekak
Tahap pendengaran kanak-kanak terbabit meningkat kepada 70 peratus selepas 26 minggu rawatan.
Salah seorangnya, Aissam Dam, 11, merupakan individu pertama di AS dapat mendengar selepas menerima rawatan di Hospital Kanak-Kanak Philadelphia (CHOP).
Baca juga: Sindrom Treacher Collins jarang berlaku, ini fakta penting yang perlu ambil tahu
Seorang profesor di Sekolah Perubatan Harvard dan pengarang kajian untuk eksperimen China, Zheng-Yi Chen berkata, hasil daripada kajian berkenaan amat luar biasa.
"Kami melihat keupayaan pendengaran kanak-kanak meningkat secara mendadak minggu demi minggu serta mendapatkan semula pertuturan mereka,” katanya.
Baca juga:12 jenis pengeluaran KWSP dibolehkan sebelum umur 55 tahun, berikut info wanita perlu tahu
Dam dilahirkan pekak kerana kelainan yang sangat jarang berlaku dalam gen OTOF, iaitu gen rosak yang menghalang pengeluaran otoferlin.
Dia menjalani prosedur pembedahan dan disuntik otoferlin pada Oktober lalu dan pendengarannya kini berfungsi dengan baik.
Sementara itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Yi Yi, tidak dapat bercakap kerana pekak sejak lahir.
Sebulan selepas suntikan, ibu Yi Yi, Quin Lixue berkata, anak perempuannya dapat mendengar dan mengulangi ucapan yang didengari.
Satu lagi video memaparkan seorang kanak-kanak berusia satu tahun yang tidak bertindak balas terhadap bunyi sebelum suntikan.
Menerusi pemantauan penyelidik menunjukkan selepas enam minggu kanak-kanak itu bertindak balas kepada suara bapanya dan mula bercakap kira-kira dua minggu kemudian.
"Sejak implan koklea dicipta 60 tahun lalu, tidak ada rawatan yang berkesan untuk pekak.
"Ini adalah pencapaian besar yang melambangkan era baharu dalam menangani masalah kehilangan pendengaran,” katanya.
Amat mengagumkan, usaha keras saintis akhirnya membuahkan hasil meskipun mengambil masa selama 60 tahun.
Berita ini sekaligus memberi harapan kepada kanak-kanak pekak lain untuk pulih seperti orang lain.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!