Tragedi kepala air, sebaknya lelaki pengsan beberapa kali hilang isteri & 3 anak sekelip mata, berikut kronologi kejadian menyayat hati

Iklan
Tragedi kepala air, sebaknya lelaki pengsan beberapa kali hilang isteri & 3 anak sekelip mata, berikut kronologi kejadian menyayat hati (1)

KEHILANGAN insan tersayang sungguh memilukan apatah lagi jika ia terjadi dalam sekelip mata. Demikian dihadapi seorang lelaki, Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, yang pengsan beberapa kali susulan terlalu sedih menghadapi pemergian empat ahli keluarga sekali gus.

Keadaan Azam dilaporkan tidak sedarkan diri sebaik jenazah dua anak perempuannya yang menjadi mangsa korban kepala air tiba di unit forensik Hospital Tapah, Perak menyentuh hati warga maya.

Iklan
Iklan

Siapa yang mampu menduga aktiviti sekeluarga untuk berkelah di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor, Perak pada Rabu lalu bertukar tragedi apabila empat daripada tujuh mangsa iaitu, Aszura Bani, 37 bersama tiga anaknya, Hanum Marissa, 2, Hafiy Muhayyat, 4, dan Hana Mikayla, 7, hilang dihanyutkan arus deras kepala air.

Baca juga: Tragedi kepala air di Jeram Mawar, 2 masih belum ditemui, abang sebak laung azan ikhtiar cari adik

Iklan

Baca juga: Sebaknya, 7 sekeluarga mangsa kepala air dikebumikan satu liang lahad, adik rayu delete gambar

Baca juga: Tragedi kepala air menggerunkan, paras naik lebih 5 meter sekelip mata, 2 maut, 7 sekeluarga dikhuatiri lemas dibawa arus

Iklan

Berikut ringkasan info dan kronologi kejadian meragut nyawa itu:

1-Kakak Aszura, Aslinda Bani, 38, menceritakan bencana kepala air terjadi sekelip mata kira-kira jam 4 petang. Beliau yang turut terperangkap bagaimanapun selamat selepas ditarik oleh seorang penduduk kampung.

2-Menurut Aslinda, ketika itu arwah Aszura sedang merangkul dua orang anaknya dan memintanya mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.

3-Bagaimanapun, selepas beliau kembali ke tempat kejadian semua ahli keluarganya hilang kecuali pembantu rumah berusia 30-an yang terselamat.

4-Kakak Azam, Ainur Radin Mustapha Amiruddin, 51, memberitahu arwah Hafif cuba diselamatkan pembantu rumah yang berpaut pada batu sungai ketika kejadian. Namun si kecil itu terlepas dari pelukan dan dibawa arus.

5-Lebih memilukan, arwah meminta pembantu rumah itu tidak melepaskannya namun sayangnya wanita itu tidak berdaya kerana arus yang terlalu deras.

6-Jenazah Aszura ditemukan 600 meter dari tempat kejadian tidak lama selepas itu.

7-Manakala jenazah Hafif Muhayat pula ditemukan seorang penduduk kampung dalam operasi mencari dan menyelamat pada jam 9.50 malam di dasar sungai berdekatan sebatang pokok tumbang.

8-Jenazah Hanna Mikayla dan Hanum Marissa pula ditemukan pada 9 pagi keesokannya dalam selang masa selama 10 minit. Jenazah berkenaan dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat.

9-Selepas urusan mandi dan mengkafankan di hospital berkenaan selesai, jenazah keluarga itu dibawa ke Masjid Al-Muhtadin untuk disolatkan.

10-Jenazah tiga beradik itu dikebumikan jam 6.20 petang dalam satu liang lahad bersebelah pusara Aszura terdahulu dikebumikan pada tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor.

Dalam pada itu, penduduk kampung mendedahkan aliran air sungai didapati deras ketika kejadian dan paras air menurun selepas sejam, namun berdasarkan maklumat, insiden kepala air di kawasan sungai itu sudah lama tidak berlaku.

Baca juga: Waspada 'picnic'di 3 sungai di Hulu Selangor, 'hotspot' lemas, kepala air

baca juga: Kepala air ragut nyawa dua pendaki di Gunung Suku, berikut kronologi kejadian

Baca juga: Tular video kepala air, arus deras di Lata Berangin, ramai doakan penduduk di Kelantan

PILU SEORANG SUAMI

Azam Radin yang terlalu sedih atas kejadian menimpa isteri dan anaknya, berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja di Gopeng dan bergegas ke tempat kejadian apabila diberitahu oleh seorang daripada anak saudaranya.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, isteri saya sudah ditemukan lemas," katanya sebak.

Baca juga: [VIDEO] Kanak-kanak terperangkap kepala air muncul tiba-tiba, bomba kongsi video menyelamat

Baca juga: Asalnya kampung, jadi sungai lepas fenomena kepala air Gunung Jerai

ANAK SAUDARA TERUJA JUMPA NENEK

Sementara itu, kakak Azam Radin, Ainur memaklumkan anak-anak saudaranya sangat teruja dan rindu untuk berjumpa opah mereka.

Ujarnya pada minggu lepas sahaja, sudah dua kali Aszura dan Azam serta anak-anak mereka berziarah.

Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).

Baca juga: Aktiviti menyelam di Pulau Perhentian bertukar mimpi ngeri! Lelaki ditemukan lemas, terapung

WASPADA TANDA KEMUNCULAN KEPALA AIR

Awas bagi pencinta aktiviti rekreasi, sentiasa peka dan berhati-hati kemunculan kepala air. Berikut beberapa panduan tanda-tanda bencana itu;

1.Langit gelap di hulu sungai atau kawasan puncak bukit. Ia akan disertai bunyi petir dan guruh yang kuat.

2.Kedengaran bunyi dentuman gerakan batu-batuan dan air dari hulu sungai.

3.Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba.

4.Daun kering dan ranting kayu muncul dengan banyak pada permukaan air.

5.Bunyi siren amaran.

6.Perubahan arus sungai dan keadaan cuaca. Perhatikan tanda-tanda langit gelap di kawasan hulu.

7.Sentiasa peka dengan perubahan cuaca. Walaupun tiada hujan di kawasan mandi manda, hujan di hulu sungai boleh mengakibatkan kepala air.

8.Apabila terjadi tanda-tanda kepala air, kita hanya mempunyai masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja untuk menyelamatkan diri.

Diharapkan info ini mampu mengurangkan risiko kemalangan dan kematian akibat kejadian kepala air pada masa akan datang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!