Kronologi pembunuhan tragis Siti Nur Surya oleh rakan sendiri, Siti Nur Athirah dipenjara 30 tahun

Iklan
Kronologi pembunuhan tragis Siti Nur Surya

PEMBUNUHAN Siti Nur Surya Ismail pada 2 November 2020 pasti terpahat dalam ingatan masyarakat. Kes tersebut lebih menggemparkan apabila suspek pembunuhan adalah rakan karibnya sendiri.

Tidak berpuas hati disebabkan kata mengata dan sindir-menyindir sebelum ini dipercayai menjadi punca pelaku, Siti Nur Athirah Azmi nekad membunuh rakan sekolahnya di kediaman gadis itu di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_138514" width="800"] Gambar fail[/caption]

Paling menyedihkan, ia dilakukan semasa Siti Nur Surya sedang menjaga ibunya yang sedang terlantar sakit akibat kanser otak! Malah pelaku pula adalah rakan baiknya yang bersama sejak dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Iklan

Berikut adalah kronologi kejadian yang menyayat hati:

1-Siti Nur Athirah pergi ke rumah mangsa kira-kira jam 9 pagi dan bersembang di ruang tamu.

Iklan

2-Kemudian berlaku perselisihan faham sehingga tercetusnya pergelutan di antara mereka.

3-Siti Nur Surya dibunuh kejam dengan beberapa kesan tikaman di beberapa bahagian badan termasuk putus pergelangan tangan kiri.

4-Ketika kejadian, bapanya, Ismail Muda yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah.

5-Pada jam 2.30 petang itu, Allahyarham ditemui tertiarap di ruang tamu rumah berkenaan oleh adik bongsu, Siti Nur Syuhada yang baru pulang dari sekolah.

Baca juga: 10 perkara penting di mahkamah pada hari ke-15 pembunuhan Siti Nur Surya

Baca juga: 9 hari selepas pembunuhan Siti Nur Surya…

Baca juga: ‘Pembunuhan Siti Nur Surya hampir sama seperti kes 13 tahun lalu’ – Wartawan jenayah 

Baca juga: Pernah tolak IPTA kerana tiada duit, tak pernah memberontak – Ibu dedah suspek anak yang baik

[caption id="attachment_138513" width="800"] Keluarga Allahyarham Siti Nur Surya. Sejak kejadian itu, keluarganya tidak pulang ke rumah berkenaan. Ibunya Zaini Musa yang menghidap kanser otak menghembus nafas pada April 2021. (Gambar fail)[/caption]

6-Hasil siasatan mendapati pembunuhan melibatkan penggunaan senjata tajam.

7-Siti Nur Athirah yang hadir ke Balai Polis Telemong memberikan keterangan. Susulan keterangan yang mencurigakan polis membuat tangkapan ke atasnya untuk siasatan lanjut.

8-Hasil pendedahan, suspek memaklumkan perselisihan faham dengan Siti Nur Surya, dia kemudian mengambil sebilah pisau yang ada di ruang tamu sebelum mencederakan rakannya itu.

9-Penahanan pelaku membawa kepada penemuan beberapa barangan milik Allahyarham dilaporkan hilang termasuk dua beg tangan, dua telefon bimbit, wang tunai dan barangan kosmetik.

Baca juga: Adik ajal di tangan kakak gara-gara berebut tempat duduk dalam kereta, berikut kronologi kejadian

Baca juga: Masih bawah umur, kakak tidak sengaja tikam adik bebas dengan jaminan, berikut kronologi sebenar kejadian

[caption id="attachment_25936" width="800"] Gambar fail[/caption]

10-Pemeriksaan ke atas tubuh badan pelaku juga mendapati beberapa kesan kecederaan di bahagian badannya.

11-Pihak polis masih mengesan pisau yang dipercayai digunakan dalam insiden itu.

12-Polis akhirnya menemui senjata dipercayai pisau yang dibuang di tepi lebuh raya tidak jauh dari lokasi pembunuhan tragis itu.

Baca juga: Bunuh ketua jururawat, warga Nigeria terlepas tali gantung, berikut kronologi kes menyayat hati

Baca juga: 38 hari gagal dikesan, rangka ditemui bersama pakaian dipercayai milik Mira Sharmila, berikut kronologi kehilangannya

[caption id="attachment_26788" width="800"] Gambar fail[/caption]

13-Polis meneruskan siasatan membawa suspek ke sebatang sungai di Telemong bagi mengesan barang kes yang dipercayai dibuang dalam sungai tersebut. Malah gambar suspek berpakaian tahanan lokap berona oren tular di laman sosial ketika itu.

14-Pelaku yang kini berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara 30 tahun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam selepas dia mengaku salah,

15-Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

16-Bagaimanapun, tertuduh diberikan hukuman pemenjaraan berdasarkan kepada pindaan terkini mengikut Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

17-Mahkamah mengarahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 2 November 2020.

Semuanya angkara sahabat baik, tidak lama dahulu kes ini dikatakan seakan serupa dengan kes pembunuhan Juliana Md Fuzi di Kuala Lumpur kira-kira 17 tahun lalu.

Semoga ia menjadi iktibar buat kita semua.

Sumber: Astro Awani, Sinar Harian 1, 2, 3, 4, 5

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!