SERONOK lihat aktres Rita Rudaini selalu berkongsi mengenai anak-anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
Kecemerlangan dua beradik itu cukup menyejukkan hati bukan sahaja bondanya, malah warganet!
Baru-baru ini, Rita berkongsi tentang Airit Rayyan Rizqin atau mesra disapa Rayyan di rumah.
"Kisah malam tadi. Bermacam cara belajar, macam bercakap seorang.
"Tidak sampai 30 minit dia kacau kucing pula. Lepas tu tinggal buku atas meja," kongsi rita.
Hantaran Rita mendapat perhatian daripada kaunselor, Coach Azizul menerusi Thread @coachazizulofficial yang mendedahkan teknik belajar digunakan remaja itu membantu para pelajar untuk meningkatkan penguasaan dalam pembelajaran.
Coach Azizul