Demi pasukan kesayangan, apa pun sanggup. Ketahui 5 perkara pelik dilakukan peminat fanatik bola sepak

Iklan
euro (1)

 

DARI isu kontroversi Cristiano Ronaldo mengalihkan botol minuman penaja sehingga sepakan penalti yang membawa England ke final, akhirnya Kejohanan Eropah UEFA 2020 (EURO 2020) hampir melabuhkan tirai penutup.

Iklan
Iklan

Pasukan Perancis menjadi antara pasukan yang paling diminati dan diharapkan para penyokong untuk ke final.

Iklan

Namun tuah menyebelahi England dan Itali kerana berjaya mara ke peringkat akhir pada 11 Julai 2020 di Stadium Wembley, London.

Walaupun pelbagai kontroversi dan isu timbul sepanjang empat minggu ia berlangsung, peminat fanatik bola sepak dunia tidak berputus asa memberikan sokongan kepada pasukan kegemaran masing-masing.

Iklan

Mereka sering memberikan semangat kepada pasukan kesayangan termasuklah melakukan perkara-perkara pelik. Berikut adalah beberapa perkara pelik yang sanggup dilakukan para penyokong di kejohanan bola berprestij dunia itu.

1.Krew pembersih

Pada 2018, Peminat fanatik bola sepak di Moscow untuk Piala Dunia telah berkumpul untuk membersihkan sampah di kawasan stadium selepas perlawanan berlangsung.

Baca juga: Jepun tuan rumah Olimpik 2020, 7 stadium hebat dan ikonik jadi lokasi acara

Peminat Samurai Blue dari Jepun juga terkenal kerana mereka sangat pembersih. Walaupun pasukan Jepun tewas di Belgium, mereka meninggalkan bilik persalinan mereka tanpa kotoran malah meninggalkan ucapan terima kasih dalam bahasa Rusia.

2.Kerja amal

Ke mana sahaja pasukan kebangsaan Wales bermain, disitulah adanya Gôl. Ia adalah badan kebajikan amal Penyokong Bola Sepak Wales yang didedikasikan untuk membantu anak-anak yang kurang bernasib baik.

Pada tahun 2017, mereka menempuh perjalanan lebih dari 2,500 batu atau 4,023 km ke Georgia untuk pertandingan kelayakan Piala Dunia Wales dengan membawa bersama dengan peralatan bola sepak, pakaian dan bekalan untuk dihantar ke badan amal tempatan.

3.‘Cheers’ yang pelbagai dan pelik

Cheers yang menjadi tradisi di stadium adalah para penyokong akan membelakangi padang, berpelukan dan melompat hingga seolah-olah menggegarkan stadium. Peminat Celtic F.C. mendakwa mereka yang memulakannya dan kini menjadi fenomena di seluruh stadium. Ia juga menjadi ‘cheers’ untuk kelas-kelab lain.

4.Kemenangan vegetarian (Victory Veg)

Penyokong Chelsea mempunyai tradisi meraikan dengan melontar daun saderi. Ada yang mengatakan bahawa ini tabiat dari bola sepak lama.

Chelsea akhirnya memberi amaran kepada peminat bahawa sesiapa yang membawa saderi tidak akan dibenarkan masuk ke Stamford Bridge. Namun, masih ada juga yang terlepas dan ‘saderi terbang’ akan kelihatan ketika perlawanan berlangsung.

5.Doktor, Doktor

Pada tahun 2012, pemain Bolton Wanderers Fabrice Muamba mengalami serangan jantung dan jatuh pada pertengahan permainan.

Seorang penyokong yang merupakan pakar perunding kardiologi, Andrew Deaner bergabung dengan kakitangan perubatan di stadium ketika mereka melakukan CPR. Fabrice dipulihkan dengan alat defibrilator ketika dalam perjalanan ke hospital dan akhirnya pulih.

Ketika EURO2020 lalu, pemain Denmark, Cristian Erikson mengalami nasib yang sama apabila rebah di padang ketika perlawanan berlangsung namun dilaporkan stabil kerana kecekapan pasukan perubatan.

Baca juga: Jantung terhenti seketika, Chrisen Eriksen stabil. Sudah muat naik gambar di Instagram

Kita semua tahu fanatiknya penyokong bola sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk pasukan kesayangan mereka. Tidak kira lelaki mahupun wanita, tanda sokongan padu yang diberi tidak berbelah bahagi.

Walaupun adakalanya menimbulkan kekecohan, mereka inilah yang menjadi ‘penyeri’ stadium ketika perlawanan. Tanpa adanya penyokong, dunia sukan tidak gah seperti hari ini.