GELOMBANG penularan jangkitan Covid-19 di negara jiran, Indonesia semakin meningkat hari demi hari.
Buktinya, dalam tempoh 24 sahaja negara itu mencatatkan lonjakan sebanyak 34,379 kes baharu yang mana angka tersebut paling tertinggi setakat ini.
Lebih membimbangkan apabila kes jangkitan tidak menunjukkan sebarang penurunan sehingga menjadikan jumlah keseluruhan wabak Covid-19 di Indonesia mencecah 2.35 juta kes.
Bahkan, sebanyak 9,000 kematian direkodkan dalam sehari.
Baca juga Kematian Demi Kematian. Perkuburan Khas Covid-19, Kota Damansara Cecah 98 Sehari
Baru-baru ini tular di laman sosial rakaman video yang memaparkan para petugas sedang bertungkus-lumus menyempurnakan pengebumian jenazah Covid-19 di sebuah tanah perkuburan dikatakan di Rototan, Jakarta.
Apa yang menyedihkan turut kelihatan ahli keluarga mangsa beratur sambil memegang batu nisan untuk menunggu giliran liang lahad dikorek.
Semoga mereka yang kehilangan ahli keluarga disebabkan jangkitan Covid-19 terus tabah dan kuat.
Kita masih belum menang, maka semua pihak harus memainkan peranan #kitajagakita supaya Malaysia segera pulih daripada serangan koronavirus.