Pemenang perak Olimpik jual pingat RM525,000 demi nyawa seorang bayi

Iklan
3

HANYA beberapa hari selepas Olimpik Tokyo, atlet rejam lembing Poland melelong pingat peraknya untuk membantu membiayai pembedahan jantung seorang bayi lelaki.

Maria Magdalena Andrejczyk mengumumkan di laman Facebook minggu lalu bahawa dia akan menjual pingatnya dan menggunakan wang tersebut untuk membiayai dana pembedahan bayi lelaki yang menghidap kanser tulang dan hati abnormal, Miloszek Malysa, 8 bulan.

Iklan
Iklan

Menurut laman pengumpul dana, siepomaga.pl bayi berkenaan kini sedang menerima rawatan di hospital dan memerlukan pembedahan segera di Amerika Syarikat untuk meyelamatkan nyawa.

Iklan

Baca juga Patutlah Atlet Olimpik Tokyo 2020 Dilarang Gigit Pingat. Ini Sebabnya…

Rangkaian kedai serbaneka Poland, Zabka meletakkan tawaran tertinggi, membayar USD125,000 (RM525,000) untuk pingat perak itu.

Iklan

Bagaimanapun, Zabka pula mengumumkan tidak akan menyimpan pingat perak tersebut sebaliknya akan membiarkan Andrejczyk terus memilikinya.

Baca juga Gara-Gara Pingat Emas Olimpik Digigit Datuk Bandar, Atlet Jepun Dapat Pingat Baru

"Kami teruja dengan sikap seorang pemenang pingat Olimpik yang mulia.

"Kami juga memutuskan untuk membiayai dana untuk Miloszek bahawa pingat perak dari Tokyo akan tetap bersama Maria," kata syarikat itu dalam ciapan di Twitter yang diterjemahkan dari bahasa Poland.

Andrejczyk mendapat tempat kedua dalam acara rejam lembing wanita Olimpik Tokyo 2020 pada awal Ogos lalu dengan lontaran 64.61 meter.

Begitu mulianya hati wanita ini. Diharapkan ia memberikan inspirasi buat kita untuk sentiasa membantu mereka yang memerlukan meskipun perlu mengorbankan barangan yang paling bermakna dan disayangi.

Sumber: nbcnews, npr.org