Polis wanita pikul lelaki sakit tak sedarkan diri bawa ke hospital raih pujian ramai

Iklan
Untitled design (29)

BERSUNGGUH-sungguh dalam menjalankan tugas, seorang pegawai polis wanita sanggup memikul seorang lelaki ke hospital.

Melalui video yang dipercayai dirakam orang awam, Inspektor Rajeshwari, tidak teragak-agak memberikan bantuan kepada seorang lelaki yang ditemuinya di sebuah tanah perkuburan di Kilpauk.

Iklan
Iklan

Dalam satu kejadian di Chennai, India itu, lelaki terbabit dipercayai telah ditimpa hujan lebat dan sakit hingga tidak sedarkan diri.

Dia yang dikenali sebagai Udhaya bekerja di tanah perkuburan berkenaan.

Iklan

Baca juga: Bengang Suami Curang, Wanita Nekad Upah 7 Lelaki Akhirnya Makan Diri

Iklan

Lapor India.com, Rajeshwari dikatakan terlibat dalam proses menyelamat dan memberikan bantuan selepas bandar itu dilanda banjir susulan monsun.

Menerusi video tular itu, Rajeshwari turut membersihkan pokok tumbang yang mengganggu lalu lintas.

Malah dilaporkan wanita itu turut memberikan bantuan makanan dan tempat tinggal kepada mangsa yang terlibat banjir dan hujan lebat.

Tamil Nadu dilanda hujan lebat yang ekstrem dan ibu kota Chennai telah mengalami kesan paling teruk apabila banjir dilaporkan sehingga paras lutut yang menyebabkan kerosakan.

Dilaporkan kira-kira 14 orang meninggal dunia di sana susulan hujan lebat.

Hebatnya Rajeshwari, begitu bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas membantu masyarakat ketika negaranya dilanda bencana.

Semoga ia menjadi inspirasi buat kita semua.

Baca juga: [VIDEO] Jarang Dilihat Manusia, Jerung Paling Ganas Di Dunia, Penuh Parut, Kesan Gigit

Baca juga: Kontraktor Salah Sambung Paip, 28 Tahun Kakitangan Hospital Tak Sedar Guna Air Kotor Dari Tandas

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: India.com