SETELAH lebih setahun terkurung di rumah, segelintir kanak-kanak mula kembali ke sekolah. Sebagai ibu bapa, kita pasti tertanya-tanya bolehkah menyesuaikan diri dengan persekitaran kelas yang baru dan bergaul dengan rakan-rakan sebaya?
Dari segi tumbesarannya, adakah anak korang mencapai ketinggian dan membesar seperti kanak-kanak yang lain?
Ibu bapa pasti teruja untuk menyediakan persiapan persekolahan yang baru. Setelah setahun, pastinya baju lama tidak lagi muat dipakai. Tetapi, bagaimana pula perasaan jika anak anda masih boleh memakai saiz yang serupa?
Baca juga: Pelik Murid Datang Sekolah Setiap Hari Tak Ikut Penggiliran, Masuk Hari Ketiga Baru Tahu Rupanya…
Kanak-kanak lazimnya membesar dengan sihat sekiranya tidak mempunyai masalah kesihatan, diberi pemakanan yang baik dan menjalani gaya hidup yang sihat.
Bagaimanapun ibu bapa perlu mengambil berat soal masalah tumbesaran dan bertindak segera sekiranya si kecil tidak mencapai tinggi dan berat sepatutnya.
PEMAKANAN, SISTEM IMUN BADAN DAN TUMBESARAN
[caption id="attachment_65982" width="533"] Profesor Madya Dr Azriyanti Anuar Zaini[/caption]
Menurut pakar perunding pediatrik dan pediatrik endokrinologi, Profesor Madya Dr Azriyanti Anuar Zaini, masalah tumbesaran kanak-kanak dikategorikan seperti berikut:
a) Kekurangan berat badan (underweight) (berat yang rendah untuk usia),
b) Kesusutan berat badan (wasting) (berat yang rendah untuk ketinggian), dan/atau
c) Kebantutan (stunting) (ketinggian yang rendah untuk usia)1.
Dia menekankan bahawa ketiga-tiga kategori di atas amat membimbangkan dan sekiranya masalah kekurangan berat badan tidak dikenalpasti lebih awal, ini akan membawa kepada masalah kebantutan.
Bantut dikalangan kanak-kanak berkait rapat dengan tahap sistem imun badan yang rendah, penyakit kronik, masalah kognitif dan kebantutan di usia remaja dan dewasa kelak.
Kajian juga menunjukkan ia boleh memberi kesan negatif terhadap taraf sosioekonomi apabila mereka memulakan alam pekerjaan nanti2.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
"Sebagai penduduk di Asia Tenggara, isu ketinggian tidak dipandang serius dan pendek sering dianggap normal oleh masyarakat kita.
"Disebabkan itu, masalah kebantutan dikalangan kanak-kanak mungkin tidak dikenal pasti di peringkat awal.
"Salah satunya cara untuk memantau pertumbuhan kanak-kanak adalah dengan mencatat ukuran ketinggian mereka pada carta pertumbuhan setiap tiga hingga enam bulan sekali.
"Carta yang paling lazim digunakan ialah Carta Piawaian dan Carta Rujukan Pertumbuhan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia5,” katanya yang juga panel pakar IMFeD For Growth.
Malah kata Dr Azriyanti, terdapat beberapa kategori ketinggian kanak-kanak yang dikatakan terbantut.
"Sekiranya ukuran ketinggian anak anda jatuh dibawah -1 sisihan piawai daripada min (purata), kanak-kanak tersebut dikategorikan sebagai berisiko mengalami kebantutan.
"Kanak-kanak yang mempunyai ukuran ketinggian dibawah -2 sisihan piawai adalah terbantut. Manakala, ukuran ketinggian dibawah -3 sisihan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut mengalami masalan kebantutan yang teruk 6,” tuturnya.
Dr. Azriyanti menjelaskan lagi bahawa, selain potensi genetik dan masalah hormon dalam badan,
masalah kekurangan zat makanan adalah punca utama kanak-kanak terbantut.
Kesannya lebih teruk dengan adanya faktor-faktor lain seperti masalah sistem imun badan yang lemah dan penyakit kronik 7,8.
"Kanak-kanak kecil perlu mendapatkan pemakanan yang sewajarnya bagi memenuhi keperluan tenaga dan zat yang tinggi untuk menampung tumbesaran dan perkembangan mereka.
"Namun, ramai kanak-kanak mungkin mengalami kekurangan zat makanan kerana pengambilan makanan yang tidak mencukupi, kurang selera makan, cerewet tentang makanan atau masalah lain seperti tabiat pemakanan yang tidak sihat 8” katanya.
Dia juga menekankan bahawa selain masalah tumbesaran, kanak-kanak yang kekurangan zat makanan juga akan lebih mudah untuk mendapat penyakit.
"Pemakanan dan sistem imun badan saling berkait. Diet yang sihat membantu mengekalkan keseimbangan mikroorganisma yang hidup di dalam usus.
"Keseimbangan tersebut membolehkan mikroorganisma befungsi seperti melindungi badan daripada kuman pembawa penyakit, menghasilkan vitamin dan asid lemak, memastikan usus dan sistem saraf pusat dalam keadaan yang baik 7,9.”
"Amalan pemakanan yang tidak sihat akan mengganggu keseimbangan mikroorganisma tersebut. Kesannya boleh meningkatkan risiko ketahanan badan yang lemah dan kanak-kanak lebih mudah mendapat jangkitan kuman. Kerap jatuh sakit boleh menganggu proses tumbesaran mereka 9,10” katanya.
KEPENTINGAN MENGAMBIL TINDAKAN AWAL
[caption id="attachment_65983" width="775"] Siti Hawa Mohd Taib[/caption]
Manakala Pakar Diet Klinikal dan ahli panel pakar IMFeD For Growth, Siti Hawa Mohd Taib berkata kebantutan pada usia lima tahun dan ke bawah masih boleh diperbaiki.
Namun, intervensi pemakanan harus dimulakan seawal yang mungkin11.
"Kanak-kanak memerlukan pemakanan yang lengkap dan seimbang untuk mengejar semula tahap tumbesaran mereka. Protein memainkan peranan yang penting dalam pembinaan otot.
"Manakala nutrien seperti kalsium, arginin, vitamin D dan K membantu pertumbuhan tulang 12,13. Nutrien lain seperti besi, zink dan vitamin C membantu menguatkan sistem ketahanan badan.
Baca juga: Fakta pilu, 1,517 murid sekolah hilang kasih sayang ibu bapa angkara Covid-19
"Semua nutrien ini bekerjasama dalam membantu kanak-kanak untuk mencapai potensi tumbesaran mereka yang optimum14,15,” ujarnya.
Siti Hawa menasihatkan ibu bapa untuk mempertingkatkan kualiti diet anak-anak mereka untuk mempastikan tahap pemakanan yang mencukupi.
"Sediakan makanan sihat dan berkhasiat yang mengandungi kelima-lima kumpulan makanan, iaitu, sayur-sayuran; buah-buahan; nasi, mi, bijirin dan sumber karbohidrat yang lain; ikan, ayam, telur, daging dan kekacang; susu dan produk tenusu 16.
Antara petua yang boleh diamalkan ialah menambah produk tenusu (contohnya keju atau krim keju) ke dalam hidangan seperti telur kukus, sup , roti dan bijirin; memasukkan lemak tambahan, seperti minyak sayuran, mentega atau minyak sapi ke dalam makanan; dan menyapu lapisan tebal mentega, mentega kacang, sapuan coklat atau kaya ke atas roti atau biskut,” sarannya.
BERI MAKANAN TAMBAHAN, DAPATKAN KAUNSELING
Baca juga: 5 info Bantuan Awal Persekolahan 2022, RM150 setiap murid ringankan beban ibu bapa
Selain itu, Siti Hawa turut mencadangkan makanan tambahan secara oral (Oral Nutrition Supplement atau ONS.
"Akhir sekali, pertimbangkan pengambilan makanan tambahan secara oral (ONS). Kajian mendapati bahawa ONS amat berkesan untuk meningkatkan kadar tumbesaran pada kanak-kanak yang tidak dapat memenuhi keperluan pemakanan, sama ada disebabkan oleh cerewet makan atau isu-isu lain 18,” katanya.
Menurutnya ONS boleh diberikan bersama makanan biasa untuk meningkatkan pengambilan tenaga, protein dan nutrien lain.
Pakar mengesyorkan pemberian ONS kepada kanak-kanak yang bantut dan yang mempunyai risiko kebantutan supaya masalah ini dapat dicegah dan ditangani 19.”
Baca juga: [VIDEO] Cikgu tak cukup nafas kejar anak murid lari dari sekolah, boleh menang marathon budak ini
Selain itu, dia berpendapat ibu bapa akan mendapat manfaat daripada kaunseling tentang kaedah dan pendekatan yang bersesuaian, disamping membantu berinteraksi bersama anak-anak mengenai makanan, penyediaan dan penghidangan makanan.
Kaunseling tersebut juga boleh memberikan bimbingan kepada ibu bapa tentang gaya hidup, tabiat dan tingkah laku yang amat bernilai dalam memastikan tumbesaran yang sihat di kalangan anak-anak.
Untuk pengetahuan semua, Program IMFeD For Growth dilancarkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) sebagai platform kerjasama antara pakar penjagaan kesihatan dan ibu bapa untuk mengoptimumkan tumbesaran anak-anak secara efektif.
Korang bolehlah berunding lah dengan pakar pediatrik tentang tumbesaran anak hari ini. Tangani segera bantut dan tumbesaran sebelum terlewat.
Artikel ini sumbangan Persatuan Pediatrik Malaysia di bawah program IMFeD For Growth.
Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram!
Rujukan:
- World Health Organization. Stunting, wasting, overweight and underweight. Nutrition Landscape Information System. https://apps.who.int/nutrition/landscape/help.aspx?menu=0&helpid=391&lang=EN. Accessed October 5, 2021.
- Victor O, Tahmeed A, Michael F, et al. Environmental Enteric Dysfunction and Growth Failure/Stunting in Global Child Health. Am Acad Pediatr. 2016;138(6):e20160641.
- Institute for Public Health (IPH), National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019: Vol. I: NCDs – Non-Communicable Diseases: Risk Factors and Other Health Problems.; 2020.
- Institute for Public Health (IPH), National Institutes of Health M of HM. National Health and Morbidity Survey 2011 (NHMS 2011). Vol. II: Non- Communicable Diseases.; 2011.
- World Health Organization (WHO). Child growth standards.
- World Health Organization (WHO). Training Course on Child Growth Assessment: Interpreting Growth Indicators.
- Estrada JA, Contreras I. Nutritional Modulation of Immune and Central Nervous System Homeostasis: The Role of Diet in Development of Neuroinflammation and Neurological Disease. Nutrients. 2019;11(5):1076.
- Nilesh MM, Corkins MR, Lyman B, et al. Defining Pediatric Malnutrition: A Paradigm Shift Toward Etiology-Related Definitions. J Parenter Enter Nutr. 2013;37(4):460-481.
- Maggini S, Pierre A, Calder PC. Immune Function and Micronutrient Requirements Change over the Life Course. Nutrients. 2018;10(10):1531.
- Velly H, Britton RA, Preidis GA. Mechanisms of cross-talk between the diet, the intestinal microbiome, and the undernourished host. Gut Microbes. 2017;8(2):98-112.
- D. T. T. Huynh, Estorninos E, Capeding RZ, Oliver JS, Low YL, Rosales FJ. Longitudinal growth and health outcomes in nutritionally at‐risk children who received long‐term nutritional intervention. J Hum Nutr Dietitics. 2015;28(6):623-635.
- Vught AJAH van, Dagnelie PC, Arts ICW, et al. Dietary arginine and linear growth: the Copenhagen School Child Intervention Study. Br J Nutr. 2013;109(6):1031-1039.
- Popko J, Karpiński M, Chojnowska S, et al. Decreased Levels of Circulating Carboxylated Osteocalcin in Children with Low Energy Fractures: A Pilot Study. Nutrients. 2018;10(6):734.
- Bailey RL, West Jr. KP, Black RE. The Epidemiology of Global Micronutrient Deficiencies. Ann Nutr Metab. 2015;66(suppl 2):22-23.
- Carr AC, Maggini S. Vitamin C and Immune Function. Nutrients. 2017;9(11):1211.
- Paramashanti BA, Yhona P, Marsiswati M. Individual dietary diversity is strongly associated with stunting in infants and young children. J Gizi Klin Indones. 2017;14(1):19-26.
- Millward DJ. Nutrition, infection and stunting: The roles of deficiencies of individual nutrients and foods, and of inflammation, as determinants of reduced linear growth of children. Nutr Res Rev. 2017;30(1):50-72. doi:10.1017/S0954422416000238
- Ghosh AK, Kishore B, Shaikh I, et al. Effect of oral nutritional supplementation on growth and recurrent upper respiratory tract infections in picky eating children at nutritional risk: a randomized, controlled trial. J Int Med Res. 2018;46(6):2186–2201.
- Yackobovitch-Gavan M, Lebenthal Y, Lazar L, et al. Effect of Nutritional Supplementation on Growth in Short and Lean Prepubertal Children after 1 Year of Intervention. J Pediatr. 2014;165(6):1190-1193.