Zulin Aziz, Farhan bercerai Disember lalu, selesai jalani idah. 'Terlalu peribadi untuk dikongsi'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan pengacara Zulin Aziz berkongsi kini sudah berpisah dengan bekas suaminya, Farhan Norzaini sejak 18 Disember tahun lalu.

Memetik Kosmo, selebriti berusia 37 tahun itu turut mendedahkan tempoh idah perceraiannya sudah tamat.

“Memang betul saya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan. Tetapi saya tidak beritahu sesiapa sehinggalah tamat tempoh idah.

No Image Caption

“Tetapi saya tahu lambat laun perlu beritahu juga kepada semua. Jadi waktu yang terbaik adalah selepas habis jalani tempoh idah,” katanya memetik Kosmo! Online.

Dalam masa yang sama, pemilik nama Farah Azleenda Abdul Aziz itu memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai punca terlerainya ikatan perkahwinan yang telah dibina selama tiga tahun.

Ujar Zulin, perpisahannya dengan Farhan berlaku secara baik, malah hubungan dengan keluarga mentua juga kekal utuh.

“Biarlah saya dan bekas suami sahaja yang tahu. Orang luar tidak perlu tahu tentang urusan rumah tangga kami yang terlalu peribadi untuk dikongsi.

“Apa yang saya boleh katakan kami berpisah secara baik dan tidak bermusuhan. 

Artikel Berkaitan:

Kami kekal berkawan. Hubungan kedua-dua belah keluarga juga masih baik.

“Cuma mungkin jodoh kami sahaja yang tidak panjang. Saya anggap ini adalah ketentuan Ilahi untuk kami. Tiada siapa yang berkahwin untuk bercerai. Saya mohon doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” jelasnya.

Sekadar info, pelakon filem Penanggal dan Rembat itu mendirikan rumah tangga dengan  Farhan Norzaini yang merupakan rakan kongsi perniagaannya pada 20 Februari 2022.

Sumber: Kosmo

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang