Siti Nurhaliza doakan wanita TTC 10 tahun, kongsi amalan untuk hamil. 'Solat sunat, doa Nabi Zakaria, sedekah 10 malam terakhir Ramadan'

No Image Caption
A
A
A

SETIAP pasangan yang berkahwin mengimpikan kehadiran zuriat sendiri. 

Pengguna Thread Shairah Mohd Adnan berkongsi luahan hati di media sosial apabila memohon doa daripada orang ramai agar dirinya dan suami dikurniakan cahaya mata.

Dalam perkongsiannya, Shairah memaklumkan bahawa dia telah melalui perjalanan Trying To Conceive (TTC) selama hampir 10 tahun. 

Dia juga meminta doa orang ramai  daripada orang ramai agar impiannya untuk menimang cahaya mata dimakbulkan.

“Sebenarnya malu tapi nak juga usaha di 10 malam terakhir ini mohon doakan Nor Shairah Binti Mohd Adnan dan pasangan dikurniakan zuriat pada tahun ini. 

"Saya sudah TTC selama 10 tahun. semoga di antara doa kalian ada yang diangkat dan dimakbulkan,” luahnya.

Hantaran berkenaan menerima reaksi daripada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

No Image Caption

Membahasakan dirinya Kak Iti, figura berusia 47 tahun menitipkan beberapa amalan yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan sebagai usaha mendapatkan cahaya mata.

Artikel Berkaitan:

"Aaminn ya Rabb, Kak Iti doakan. Jangan lupa solat taubat, tahajud dan solat hajat. Niatkan agar ALLAH SWT kurniakan zuriat yang terbaik pada waktu yang terbaik.

"Percaya kepada rezeki ALLAH. Baca doa Nabi Zakaria, bersedekah pada 10 malam terakhir dengann niat untuk cahaya mata. Istighfar banyak-banyak. Aamiin Ya Rabb," titip Siti.

No Image Caption

Perkongsian tersebut pastinya menyentuh hati ramai kerana ia menggambarkan kesabaran dan harapan pasangan yang menunggu kehadiran cahaya mata dalam tempoh panjang.

Rata-rata warganet turut sama mendoakan agar pasangan berkenaan dikurniakan rezeki zuriat yang soleh dan solehah pada masa yang terbaik.

Sekadar info, Siti Nurhaliza menanti selama 10 tahun untuk menimang cahaya matanya sendiri. Siti menjalani prosedur  persenyawaan in vitro atau In vitro fertilization (IVF) sebelum kelahiran Siti Aafiyah dan Mohd Afwa.

Penyanyi nombor satu itu juga pernah mengalami keguguran.

Sekadar rekod, beliau dan suaminya Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang