'Straight A’s!' - Anak Fiza Halim cemerlang 9A SPM, netizen puji beauty with brain

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat anak pelakon Fiza Halim, Ferra Aryana, 18 yang meraih keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini.

Pemilik nama Siti Zaidatul Fiza Abd Halim itu memuat naik foto puteri sulungnya itu dan menzahirkan kesyukuran.

No Image Caption

"Tahniah Kak Ferra dan semua pelajar. We’re so proud of you, #straightA.

"My dear love Ferra mommy so proud of you. You did it straight A's. 

"Syukur Alhamdulillah Ya ALLAH di atas nikmat ini. Berkat usaha dan doa," titip Fiza.

Hantaran Fiza menerima ucapan tahniah daripada warganet yang rata-rata memuji kecantikan Ferra.Ujar mereka;

No Image Caption

"Complete package ni."

Artikel Berkaitan:

"Pandai dan pintar."

"Masya-ALLAH tahniah. Cantik dan brilliant. boleh jadi akauntan."

"Muka mahal. Beauty with brain."

"Tahniah. Sudah besar makin cantik dan bijak! Masih ingat ketika kecil dahulu, pernah muncul dalam majalah dua beradik ni. Sekarang cantik-cantik."

Sekadar info, Fiza memiliki tiga orang puteri. Dia dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryana dan Feeya Adyrra daripada perkahwinannya dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin. 

Bekas anggota kumpulan Elite itu kemudian menimang anak ketiga, Siti Aleena Adra menerusi perkahwinan ketiganya dengan juruterbang, Aizat Al Jefri.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang