10 tahun menanti, Bella Park kongsi momen anak sulung teruja jumpa adik baharu, layanan nenek tiri sentuh hati warganet

No Image Caption
A
A
A

PEMPENGARUH dan usahawan kosmetik, Bella Park selamat menimang cahaya mata kedua baru-baru ini.

Perkongsian momen pertama anak sulungnya, Nenel bertemu adik baharu, Hana Karmila mencuri perhatian ramai hingga membuatkan warganet tersentuh hati. 

Menerusi video dimuat naik di TikTok, Nenel atau nama penuhnya Muhammad Danial Nazran yang disahkan mengalami autisme dilihat cukup teruja menyambut kelahiran adiknya itu.

Malah, kata-kata yang diungkapkan Nenel turut membuat ramai sebak.

No Image Caption

“Oh my God, my little sister. She is so cute. I am so happy.

“Hai Hana, saya abang sulung awak. Abang gembira awak telah lahir. Suatu hari nanti kita boleh bermain sama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, momen Nenel memangku adiknya sambil dibantu ibu mentua Bella turut meraih perhatian ramai.

Rata-rata warganet memuji layanan penuh kasih wanita berkenaan terhadap Nenel selain menyifatkan hubungan mereka sangat menyentuh hati.

Artikel Berkaitan:

Bella turut meluahkan rasa gembira melihat Nenel menerima kehadiran adik baharunya dengan penuh kasih sayang.

Artikel berkaitan:

“Seronok tak kira lah Abang Nenel? Tahniah sayang sudah jadi abang dah. I know you will be the best brother in the world,” tulisnya.

No Image Caption

Perkongsian berkenaan turut lebih menyentuh hati apabila zuriat kedua Bella itu hadir selepas 10 tahun menimang cahaya mata pertama.

Difahamkan, Bella terpaksa menjalani pembedahan cesarean segera selepas bayinya disahkan mengalami masalah tumbesaran dalam kandungan atau Intrauterine Growth Restriction.

Sebelum ini, kandungan berkenaan yang disahkan kembar namun mengalami Vanishing Twin Syndrome apabila salah satu janin tidak berkembang.

Sekadar info, Bella atau nama penuhnya Nurul Nabila Zolkepli berkahwin kali kedua dengan Haikal Anuar pada Februari 2025.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang