'ALLAH simpan untuk masa terbaik' – 10 tahun menanti, doa Bella Park dimakbulkan, kini hamil anak kedua
KEGEMBIRAAN jelas terpancar di wajah pempengaruh media sosial dan usahawan popular, Bella Park apabila berkongsi khabar gembira mengenai kehamilannya yang kini memasuki fasa awal.
Menerusi hantaran di laman sosialnya, Bella atau nama penuhnya Nurul Nabila Zolkepli meluahkan rasa syukur dan terharu apabila akhirnya dikurniakan rezeki zuriat selepas 10 tahun menimang cahaya mata pertama.
“Alhamdulillah, kami berdua sangat emosi sebab terus terbayangkan Nenel. Dia kan dah 10 tahun umur, memang teringin adik sangat-sangat,”ungkapnya penuh sebak.
Bagi yang mengikuti perjalanan hidup Bella, pasti ramai yang tahu, anita berumur 30 tahun itu bukan sekadar simbol gaya hidup glamor, tetapi juga seorang ibu yang tabah membesarkan anak lelaki istimewanya, Nenel, dengan penuh kasih dan kekuatan.

Dalam masa sama, anak jati Kedah tersebut turut menitipkan doa buat pasangan yang masih berusaha mendapatkan zuriat agar dikurniakan rezeki anak secepat mungkin.
“Bella doakan semua yang tengah TTC (Trying To Conceive) akan diberikan zuriat secepat yang mungkin. Amin,” ujarnya dengan nada penuh pengharapan.
Menariknya, wanita berketinggian 159 sentimeter itu turut berkongsi bahawa dia langsung tidak menyedari dirinya sedang berbadan dua, walaupun aktif melakukan pelbagai aktiviti lasak.
“Tak perlu tanya berapa bulan dah Bella mengandung. Cukup tahu Bella dah (panjat) segala unta, segala roller coaster, segala ribut, lari dalam guni, lawan lari dengan suami dengan keadaan mengandung.

"Memang tak tahu kata mengandung!” katanya bersahaja namun mengundang tawa ramai.
Bella mengakui hanya mengetahui tentang kehamilan tersebut beberapa hari sebelum berangkat ke luar negara.
“ALLAH ni Maha Baik sebab jaga kandungan. Masa tahu tu pun lagi beberapa hari nak terbang ke Bosnia, Croatia, Montenegro.
"Kalau tak tahu ada, dah di sana lah ni,” katanya penuh rasa syukur.
Sekadar indo, Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga buat kali pertama namun berpisah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Nenel yang kini berusia 10 tahun.

Pada Februari 2025, Bella kembali menemui bahagia apabila sah bergelar isteri kepada Haikal Anuar. Pasangan berkenaan kini menantikan kehadiran cahaya mata kedua yang pastinya menambah warna dalam kehidupan mereka.
Kehamilan kali ini bukan sahaja menjadi simbol rezeki dan keajaiban selepas penantian panjang, tetapi juga penguat semangat buat mereka yang masih menunggu detik indah bergelar ibu bapa.
“Kadang-kadang kita rasa ALLAH lambat bagi, tapi sebenarnya DIA simpan untuk masa yang paling sesuai," ungkap Bella Park lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
