Nahas pelantar minyak: 9 hari sebelum 'pergi', Ahmad Fiqri derma darah kali terakhir di Hospital Melaka, jasa terus dikenang
NAHAS meragut nyawa tiga pekerja pelantar minyak di Platform Sepat, perairan Terengganu-Kelantan baru-baru ini mengundang tumpuan ramai.
Pemergian ketika mencari rezeki buat keluarga, salah seorang yang terkorban, Ahmad Fiqri Zakaria, 38, rupanya seorang penderma darah setia di Hospital Melaka.
Allahyarham yang berasal dari Batu Berendam dikatakan penderma tegar dan aktif berbuat demikian di Bank Darah Melaka.

Menurut Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Melaka, kali terakhir berbuat demikian ialah pada 15 Mei lalu di Pusat Pendermaan Darah Hospital Melaka, iaitu sembilan hari sebelum arwah terlibat nahas.
“Jasa dan pengorbanan Allahyarham amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.
"Semoga roh semua mangsa dicucuri rahmat dan ahli keluarga diberi kekuatan serta ketabahan,” menurutnya dalam kenyataan.
Artikel berkaitan:
- Selamatkan nyawa dengan derma darah
- Mulianya hati! 37 tahun Zulkarnain derma darah, warga emas ini terus menyumbang kali ke-477. 'Tak terkira jumlah pesakit dibantu...'

Imbas kembali kejadian kira-kira 12.50 tengah hari Ahad lalu, Ahmad Fiqri tiga rakan, Muhammad Faezuan Hakim Mohammad Bustaman, Nik Muhammad Hafifi Asri Ab Majid dan Mohd Taufik Mohd Ruslan yang menjalankan kerja penyelenggaraan di bahagian bawah platform terjatuh ke dalam laut selepas tali atau cangkuk (hook) pada lifeboat tersebut tiba-tiba tercabut.
Kesemua mangsa kemudiannya telah dibawa menaiki helikopter pada jam 4 petang untuk diterbangkan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) bagi mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ)
Namun Ahmad Fiqri, Muhammad Faezuan dan Nik Muhammad Hafifi disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital pada jam 5.25 petang manakala Mohd Taufik dilaporkan mengalami cedera parah.
Sumber: Facebook
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
