'Aturan ALLAH itu indah...' 7 tahun menanti, Nancy Shukri syukur dikurniakan cucu kembar penyeri keluarga

No Image Caption
A
A
A

MENJADI seorang nenek sememangnya satu fasa yang cukup indah, apatah lagi selepas sekian lama menanti kehadiran penyeri dalam keluarga.

Kegembiraan inilah yang sedang dikongsikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Nancy Shukri yang tidak dapat menyembunyikan rasa syukur apabila penantian selama tujuh tahun akhirnya membuahkan hasil yang paling manis.

No Image Caption

No Image Caption

Kehadiran sepasang cucu berkembar itu bukan sahaja menjadi pelengkap kebahagiaan, malah membawa sinar baharu buat seluruh keluarga beliau.

Momen penuh emosi itu diraikan dalam satu majlis kesyukuran dan aqiqah yang diadakan baru-baru ini bagi menyambut kehadiran cucunda tersayang, Neil Kamil Yee Faeroz dan Norrah Soraya Yee Faeroz.

Beliau yang mesra disapa YB Nancy, melihat kedua-dua permata hati tersebut membesar dengan sihat di samping keluarga tersayang merupakan sebuah anugerah yang sangat bernilai.

"Setelah penantian yang cukup panjang selama tujuh tahun, ALLAH SWT akhirnya mengurniakan sebuah nikmat yang amat berharga kepada keluarga kami.

"Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur dan kegembiraan apabila menerima kehadiran dua orang cucunda yang menjadi penyeri dan pelengkap kebahagiaan keluarga," kongsinya dengan nada penuh kesyukuran.

No Image Caption

No Image Caption

Bagi seorang wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk dengan urusan masyarakat, detik meluangkan masa bersama cucu sendiri memberikan satu perasaan yang sangat luar biasa dan menyentuh tangkai hati.

Nancy turut mengakui pengalaman memangku dan menatap wajah suci dua cucunya itu mengajar beliau erti kesabaran dan aturan rezeki daripada Yang Maha Esa.

"Sebagai seorang nenek, detik mendukung dan menatap wajah cucunda sendiri membawa perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

No Image Caption

"Ia mengingatkan saya bahawa setiap kurniaan daripada ALLAH hadir pada waktu yang paling indah dan terbaik menurut hikmah-NYA," luah Ahli Parlimen Santubong lagi yang jelas kelihatan sangat bahagia dengan status barunya itu.

Majlis yang berlangsung dengan penuh keberkatan itu turut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, rakan-rakan serta tetamu jemputan yang sama-sama datang memberikan restu dan memeriahkan suasana.

No Image Caption

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sempat merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan cucu-cucunya.

No Image Caption

Titipnya, semoga Neil Kamil dan Norrah Soraya akan membesar sebagai anak-anak yang soleh dan solehah, dikurniakan kesihatan yang baik, akhlak yang mulia serta mampu menjadi kebanggaan keluarga, agama dan negara suatu hari nanti.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang