13 tahun gred N1, 2 tahun miliki PhD, Dr Norliyana kini pensyarah jadi inspirasi warganet
BEKAS Pembantu Setiausaha Pejabat yang memiliki kelulusan Doktor Falsafah (PhD), Dr Norliyana Zakaria kini mencapai impiannya apabila dilantik sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta.
Perkembangan menggembirakan itu dikongsikan menerusi hantaran Facebook Open University Malaysia (OUM) yang mengalu-alukan kehadiran Dr Norliyana sebagai tenaga pengajar baharu.
Menurut OUM, pelantikan tersebut membuktikan bahawa pendidikan sepanjang hayat mampu membuka peluang dan mencorakkan masa depan seseorang.
"Selepas 13 tahun berkhidmat dalam peranan sokongan pentadbiran, beliau kini melakar lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya apabila dilantik sebagai pensyarah.
"Pembelajaran tidak berhenti apabila seseorang mula bekerja. Dengan ilmu, kesungguhan dan peluang yang tepat, pendidikan sepanjang hayat mampu membuka lembaran baharu dalam kehidupan dan kerjaya.
Artikel berkaitan
"Kisah ini mencerminkan nilai yang sentiasa diperjuangkan oleh OUM bahawa pembelajaran adalah satu perjalanan sepanjang hayat.
"Melalui pendidikan yang fleksibel dan berterusan, individu berpeluang untuk terus berkembang, memperkukuh kompetensi dan mencipta peluang baharu untuk kemajuan diri," katanya.
Sementara itu, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut menitipkan penghargaan atas jasa dan sumbangan yang dicurahkan Dr Norliyana sepanjang berkhidmat di institusi berkenaan sejak 21 Oktober 2025.
"Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr Norliyana Zakaria atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat di Pejabat Pentadbiran, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia.
"Semoga terus cemerlang dalam kerjaya dan mencapai segala matlamat yang diimpikan," menurut hantaran tersebut.

Terdahulu, SinarPlus pernah berkongsi kisah inspirasi Dr Norliyana yang memiliki PhD dari Fakulti Pengurusan dan memperoleh PhD pada Februari 2025.
Kesungguhannya membuktikan bahawa jawatan dan latar belakang kerjaya bukan penghalang untuk mengejar pendidikan ke peringkat tertinggi.
Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya, yang rata-rata kagum dan turut terinspirasi.
"Full salute, the next level. Dari N1 kepada pensyarah."
"Tahniah Dr, you deserve it."
"Fly high Dr Norliyana, inspirasi hebat."
"Tahniah. Dia ada pengalaman dari bawah. Bukan sekadar mengetahui malah melaksanakan pengurusan pejabat."
"Tahniah Dr. Anda membuka mata pekerja sektor kerajaan upgrade diri dan keluar dari zon selesa. Dari gred sokongan ke gred profesional."
"Tahniah dapat jawatan baharu yang setaraf kelayakan akademik PhD."
Sumber: Facebook 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
