'Tolonglah jangan ada keganasan...' - Tragedi Jahidah Nordin jentik emosi Munaa Bella, air mata tumpah

Foto: Rosli Talib
Foto: Rosli Talib
A
A
A

“SEJUJURNYA, ada rasa takut hendak berkahwin."

Demikian luahan pengacara dan penyampai radio popular, Munaa Bella yang tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata ketika mengendalikan Podcast Borak Bibir Merah (BBM) baru-baru ini.

Sesi temu bual bersama adik kepada mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin iaitu Fauziah Nordin, diakui memberi impak yang sangat mendalam dan mencetuskan trigger kepada trauma emosi kepada dirinya.

Foto: Rosli Talib
Foto: Rosli Talib

Lebih meruntun hati, Munaa mendedahkan bahawa situasi hitam sedemikian sebenarnya pernah berlaku kepada individu yang paling dekat dalam hidupnya.

Mengulas lanjut mengenai perkongsian itu, Munaa menyifatkan tragedi yang menimpa Jahidah sebagai satu impak yang terlalu besar dan sukar untuk diundur kembali.

"Waktu kendalikan sesi tadi pun rasa triggered sebab tahu situasi ini ada terjadi pada orang terdekat saya juga.

"Mungkin (kes orang terdekat) dapat dibendung dari awal, tapi dalam kes Kak Jahidah, ia terlalu besar dan tak boleh nak patah balik.

"Kalau cakap pasal keganasan rumah tangga ni, tolonglah jangan ada langsung. Untuk semua wanita di luar sana yang rasa macam, 'Oh, ini dah red flag ni... ini dah mula macam naik tangan ni.'

Artikel Berkaitan:

"Cepat-cepat ambil langkah untuk bendung dan ambil tindakan. Perlu berani untuk speak up," katanya.

Foto: Rosli Talib
Foto: Rosli Talib

Mengakui terselit rasa bimbang untuk melangkah ke fasa perkahwinan ekoran lambakan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan kebelakangan ini, Munaa menjadikan nasihat keluarga mangsa sebagai benteng pengajaran.

Antara tips penting adalah tidak mengenali pasangan secara bersendirian dan wajib melibatkan ahli keluarga yang lain.

"Kadang-kadang mata orang yang lebih tua daripada kita, yang lebih 'makan garam' ni, mereka mungkin dapat menilai sama ada orang itu betul-betul okay atau tidak.

"Perkara sebegini kadang-kadang di luar jangkaan kita. Jadi saya cuma mampu berdoa banyak-banyak agar dihindarkan daripada nasib sebegitu jika berkahwin nanti," ujarnya lagi.

No Image Caption

Di sebalik ketegangan topik yang dibincangkan, suasana bertukar ceria apabila Munaa tentang perancangan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Mendedahkan hati belum dimiliki, penyampai EraFM itu berharap untuk bergelar isteri.

"Doakan semoga adalah rezeki untuk saya berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri satu hari nanti.

"Semoga saya dapat menjadi seorang isteri yang baik suatu hari nanti, insya-ALLAH," kongsinya mengakhiri perbualan.

Sekadar info, kes keganasan rumah tangga Jahidah mendapat liputan meluas selepas menjadi oleh suaminya pada Mei 2021.

Jangan lupa saksikan kupasan penuh emosi ini dalam Podcast BBM: "Bila Kakak Tak Lagi Mampu Berkata, Adik Jadi Suara Jahidah" yang dibawakan secara eksklusif oleh SinarPlus di saluran berikut:

Youtube: https://youtu.be/79Z_hecRR8g?si=Yo7Jf1oLy03aIDG6

Facebook: https://www.facebook.com/reel/1056722347166268

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang