Bukan sekadar kawal gula, kesihatan metabolik kini jadi kunci cegah obesiti dan diabetes

No Image Caption
A
A
A

DUNIA kesihatan kini menyaksikan perubahan besar apabila semakin ramai individu mula memberi perhatian kepada kesihatan metabolik sebagai langkah pencegahan sebelum berdepan penyakit kronik.

Peningkatan kadar obesiti, diabetes serta masalah paras gula darah tinggi menjadikan pengurusan metabolik antara fokus utama industri kesihatan global.

Bukan lagi sekadar bergantung kepada rawatan selepas penyakit berlaku, masyarakat kini semakin mencari pendekatan lebih menyeluruh menerusi pemakanan berfungsi (functional nutrition), nutrisi tepat (precision nutrition), bahan aktif semula jadi serta teknologi kesihatan moden yang berasaskan bukti saintifik.

Perkembangan itu menjadi antara topik utama dalam Malaysia Health Market Opportunities Forum yang berlangsung di Nexus Connexion Conference & Event Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program anjuran Greenyn Biotechnology bersama THE PAGE yang juga rakan media rasmi dan eksklusif, dengan sokongan Malaysian Dietary Supplement Association (MADSA), forum berkenaan menghimpunkan pakar perubatan, penyelidik bioteknologi, wakil industri, usahawan serta profesional kesihatan dari Malaysia dan Taiwan.

Antara tokoh yang berkongsi pandangan ialah Pengurus Besar merangkap Ketua Penyelidikan dan Pembangunan Greenyn Biotechnology, Dr. Leon Hsu; Pengurus Serantau Jabatan Perdagangan Antarabangsa Greenyn Biotechnology, Clara Lai; Timbalan Pengurus Jabatan Perancangan Produk Greenyn Biotechnology, Dr. Sarah Tai serta Timbalan Setiausaha Agung Taiwan Society of Complementary Medicine, Dr. Ying-Chu Chen.

Forum itu memberi tumpuan kepada tiga tema utama iaitu inovasi saintifik, aplikasi pengguna dan peluang pasaran dalam membentuk masa depan industri kesihatan metabolik.

No Image Caption

Pencegahan jadi keutamaan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peningkatan kes obesiti, diabetes dan gabungan kedua-duanya yang dikenali sebagai Diabesity telah mengubah landskap industri kesihatan dunia.

Pengguna kini tidak lagi hanya mencari produk untuk satu keperluan kesihatan tertentu, sebaliknya lebih prihatin terhadap penyelesaian yang mempunyai sokongan kajian klinikal, bukti saintifik serta manfaat kesihatan secara menyeluruh.

Menurut Dr. Leon Hsu, Malaysia kekal sebagai antara pasaran strategik yang diberi perhatian oleh Greenyn Biotechnology susulan peningkatan permintaan terhadap bahan aktif berfungsi yang mampu menyokong pengurusan kesihatan metabolik.

Beliau berkata, Greenyn Biotechnology memberi fokus terhadap penyelidikan dan pembangunan bahan bioaktif daripada sumber semula jadi, khususnya peptida berfungsi (functional peptides) yang dikaji melalui pelbagai peringkat saintifik.

“Melalui platform penyelidikan menyeluruh, kami mengenal pasti molekul bioaktif utama daripada sumber semula jadi dan mengesahkan keberkesanannya menerusi kajian saintifik,” katanya.

Antara inovasi yang diketengahkan ialah INSUMATE®, bahan aktif peptida peria (bitter melon peptide) berpaten yang dibangunkan Greenyn Biotechnology berasaskan peptida mcIRBP-19.

Menurut beliau, produk tersebut melalui pelbagai peringkat pengesahan termasuk kajian molekul, kajian sel, ujian haiwan serta kajian klinikal manusia bagi memastikan pembangunan produk berasaskan bukti kukuh.

Selain membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat, bahan aktif berkenaan turut menunjukkan potensi dalam menyokong pengurusan berat badan, obesiti serta kesihatan metabolik secara keseluruhan.

Malah, penyelidikan berkaitan laluan metabolik GLP-1 turut membuka ruang kepada pembangunan penyelesaian kesihatan generasi baharu yang lebih menyeluruh.

No Image Caption

Kerjasama rentas negara

Sementara itu, Penerbit THE PAGE, Darren Teoh berkata, peningkatan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan pencegahan, pemakanan berfungsi dan nutrisi kecantikan telah membawa industri kesihatan ke fasa baharu.

Menurutnya, forum tersebut menjadi platform menghubungkan penyelidikan saintifik, pemain industri, jenama serta pasaran bagi memperkukuhkan kerjasama antara Malaysia dan Taiwan.

Usaha itu bukan sahaja membuka peluang pertumbuhan industri kesihatan serantau, malah membantu mempercepatkan proses membawa hasil penyelidikan kepada pengguna menerusi inovasi yang lebih berkualiti.

Seiring perubahan gaya hidup moden, kesihatan metabolik dijangka terus menjadi agenda penting dalam dunia kesihatan global.

Dengan gabungan sains, teknologi dan pemakanan tepat, pendekatan menjaga kesihatan kini semakin beralih kepada konsep pencegahan yang lebih pintar dan berterusan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang