'Pemurah dan baik hati' - Ibu Syed Saddiq berkongsi rezeki 100 pek lempeng, nasi lemak untuk kakitangan hospital

No Image Caption
A
A
A

SIFAT pemurah ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz sering menjadi bualan warganet.

Baru-baru ini, bekas guru Bahasa Inggeris itu bermurah hati untuk berkongsi rezeki dengan bersedekah makanan kepada para kakitangan sebuah hospital di Lembah Klang.

Seorang pengusaha makanan mendedahkan Sharifah Mahani telah menempah pek makanan daripadanya untuk untuk dinikmati para kakitangan hospital.

No Image Caption

"Memang pemurah dan baik hati.

"Mama YB Syed Saddiq order 100 kotak lempeng dan nasi lemak untuk diberi pada doktor dan jururawat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kemurahan hati ibu bekas Menteri Belia dan Sukan itu dan menzahirkan doa agar mereka sekeluarga terus dilimpahkan rezeki.

"Alhamdullillah, banyak persamaan keluarga YB dengan keluarga Bella. Kedua-dua famili ni memang suka bersedekah. Alhamdullillah, moga ALLAH murahkan lagi rezeki."

"Alhamdulillah rezeki dapat, sedap."

Artikel Berkaitan:

"Syukur Alhamdulillah, rezeki."

No Image Caption

Terdahulu, Syed Saddiq berkongsi  bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah selamat menjalani pembedahan “cornea transplant”.

Sumber: Thread

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang