'Akhirnya dia milik saya...'. Empat bulan menanti kepulangan jaguh berbasikal trek negara, luahan isteri Azizulhasni Awang bikin sebak!
ISTERI Datuk Azizulhasni Awang berkongsi momen kepulangan suami tercinta selepas lama terpisah sejak Azizul meninggalkan isteri dan anak-anaknya empat bulan lalu.
Menerusi perkongsian di Instagramnya, Datin Athiah Ilyana Abd Samat berkata tempoh perpisahan selama empat bulan itu adalah tempoh yang panjang bagi mereka sekeluarga.
Luah Athiah lagi, anak-anaknya sudah lama tidak meluangkan masa bersama ayah mereka susulan persediaan yang perlu dilakukan jaguh berbasikal trek negara bagi membawa pingat di Olimpik 2024.
Bagaimanapun, selepas dua hari Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirai, ibu kepada empat orang anaknya itu akhirnya berpeluang memeluk suaminya sejurus pulang di bumi Melbourne.
"Setelah menunggu begitu lama, akhirnya dia milik saya.
Pada waktu yang sama, Athiah turut berkongsi detik manis yang menunjukkan anaknya begitu teruja melihat ayah tercinta sedang menunggu kepulangannya daripada sekolah di depan halaman rumah mereka.
Terdahulu, The Pocket Rocketman telah memohon maaf susulan prestasinya yang tidak dapat membawa pulang sebarang pingat setelah disingkirkan pada pusingan pertama acara keirin lelaki.
Hal tersebut bukan sahaja membuatkannya berasa kecewa malah memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyokongnya.
Insiden berlaku di Velodrom Saint Quentin ketika pelumba berusia 36 tahun itu dikesan memintas derny - basikal elektrik bertindak sebagai pacer sebelum garisan permulaan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang