Tangguh kerjaya arkitek demi Azizulhasni, Athiah tak henti jadi penguat semangat Pocket Rocket Man. 'Hati & jiwa kami ada di sisimu'

A
A
A

JAGUH berbasikal trek negara yang juga pemilik pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik, Datuk Azizulhasni Awang menjadi perhatian ramai menjelang aksinya di temasya berprestij dunia di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, Paris.

Bintang yang mengungguli acara pecut dan keirin itu mengetuai pasukan berbasikal trek negara pada Sukan Olimpik Paris 2024 terus mendapat tiupan semangat daripada insan tersayang termasuk isteri, Toh Puan Athiah Ilyana Abd Samat.

Buat pelumba yang digelar The Pocket Rocket Man, Athiah dan anak-anak mereka sempat berkongsi ucapan penuh motivasi.

No Image Caption

"Masya-ALLAH, tabarakallah. Semoga Abi lebih bersemangat menonton video kami di sini.

"Sayangku @azizulhasniawang, walaupun kami tidak dapat bersama dengan secara fizikal di Paris untuk Sukan Olimpik terakhirmu, ketahuilah hati dan jiwa kami ada di sisi anda," titipnya.

17 tahun menyaksikan komitmen dan dedikasi atlet itu kepada sukan berbasikal yang dicintai, Athiah mahu suaminya terus mempamerkan aksi yang cemerlang.

Artikel Berkaitan:

"Kami telah melihat anda mencurahkan segala-galanya dalam perjalanan ini. Kebanggaan dan kasih sayang kami untuk anda tiada batasan.

"Tunggang dengan semua kekuatan dan semangat yang kami lihat dalam diri anda selama ini, dan ingat, tidak kira keputusannya, anda adalah dan akan sentiasa menjadi juara kami.

"Hasbunallahwanikmalwakil, lahaulawalaquwatailabilah." titipnya.

Dalam pada itu, Athiah Athiah meluahkan rasa bangga kerana dapat menjadi tulang belakang kepada suaminya selama 16 tahun iaitu sejak Beijing 2008 sehingga Sukan Olimpik edisi ini.

"Saya cukup berbangga menjadi tulang belakang kepada awak sejak Beijing 2008 hingga sekarang, Paris 2024. Kita telah banyak berkorban dan ini pula adalah penyertaan terakhir Sukan Olimpik awak.

"Saya harap segala usaha dan pengorbanan anda akan dibalas dengan medal emas. Awak mempunyai sokongan dan kasih sayang soya. Soya tahu awak mampu melakukannya.

"Bawalah pulang emas wahai sang juaraku," katanya.

No Image Caption

Menerusi Insta Story, ibu kepada tiga cahaya mata itu sempat berkongsi keratan akhbar lama yang memaparkan tajuk ' Tangguh jadi arkitel demi Azizul'.

"Terjumpa pula artikel ini. Ya, aku korbankan arkitekku demi Azizul demi emas Olimpik 2024," kongsinya.

Menerusi temu ramah Bernama pada tahun 2016, pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang senibina Universiti Deakin, Geelong, Australia itu sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa demi menjaga dua anak mereka selain mengikut suaminya yang berpangkalan di Melbourne sejak 2007.

No Image Caption

Beliau juga mendedahkan Azizulhasni sangat mementingkan pemakanan, menjaga waktu tidur dan bangun awal untuk latihan.

Semalam, jaguh kelahiran Dungun itu mendedahkan Sukan Olimpik Paris 2024 adalah edisi Olimpik terakhir disertainya.

Beliau menyatakan tekad untuk memberikan yang terbaik dalam penampilan kelimanya di pentas Olimpik.

Malah, Azizul yang mesra disapa Jijoe juga bangga apabila mewakili kontinjen Malaysia dalam memburu pingat emas pertama negara.

"Saya sangat teruja untuk memulakan pertandingan esok untuk Olimpik kelima dan terakhir saya.

"Mewakili kontinjen Malaysia merupakan pengalaman paling tidak boleh dilupakan dalam kerjaya saya.

"Bangga untuk memberikannya kali terakhir," tulisnya.

Azizulhasni berkahwin dengan Athiah Ilyana pada 30 Januari 2010.

Pasangan yang kini menetap di Merlbourne, Australia itu memiliki tiga cahaya mata lain iaitu Amna Maryam, 12, Amna Khadeeja, 8, Amna Fateema, 2 dan Amna Aseeya, tujuh bulan.

Sumber: Instagram, Bernama via Utusan Borneo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang