‘From replied to your story.' Bella Astillah kongsi mesej lama Syed Saddiq, dedah plot twist paling manis
HAMPIR sebulan bergelar suami isteri, penyanyi Bella Astillah berkongsi semula perbualan lama dengan suami, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah itu memuat naik tangkap layar mesej yang diterimanya daripada Syed Saddiq ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Lebih menyentuh hati, pelantun lagu Bersama Aku Setia Selamanya itu meluahkan rasa tidak sangka dan bahagia apabila individu yang suatu ketika dahulu hanya hadir sebagai teman di media sosial kini menjadi sebahagian penting dalam kehidupannya.

"From 'replied to your story' to being 'part of your story' is the best feeling ever.
"The plot twist nobody saw coming, including me," titipnya.
Menerusi hantaran Instagram, Syed Saddiq memberi reaksi kepada kepada Insta Story dimuat naik Bella.

"Keep on inspiring Bella."
"Happy birthday Bella, moga dapat ketenangan dalam hidup dan sentiasa berjaya. I will pray for you."
"Stay strong Bella, you'll be in my prayers."
Untuk rekod, Bella Astillah dan Syed Saddiq diijabkabulkan pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
