BERKEBOLEHAN mengemudi sebuah kapal terbang, lebih-lebih lagi individu itu ialah seorang wanita akan membuatkan ramai kagum. Mana tidaknya, risikonya bukan biasa-biasa.

Berdasarkan statistik Persatuan Juruterbang Wanita Antarabangsa (2021), daripada 720,605, hanya 64,979 orang terdiri daripada juruterbang wanita.

Di Malaysia, angkanya boleh dibilang dengan jari. Salah seorang daripada ialah Khaysha Mohd Faizal Sivanathan yang merupakan juruterbang kanan di Malaysia Airlines Berhad (MAS).

Meskipun sibuk dengan jadual penerbangan yang padat, namun Khaysha tidak keberatan bertandang ke Studio Sinar Karangkraf, Shah Alam, Selangor untuk berkongsi tentang naratif dirinya sebagai juruterbang yang barangkali boleh dicontohi anak muda yang punya cita-cita serupa.

Sudah terbiasa dengan disiplin yang ketat, anak jati Muar, Johor itu datang lebih awal dari waktu dijanjikan.

juruterbang

Seusai wajahnya dioles dan sesi fotografi tamat, penulis terus ‘menerjahnya‘ dengan deretan pertanyaan.

Sambil memperbetulkan posisi duduknya, wanita berusia 27 tahun itu berkata, selepas Malaysia memasuki fasa endemik Covid-19, lebih banyak laluan domestik dan antarabangsa telah dibuka kepada umum.

“Frekuensi untuk penerbangan dalam negeri semakin kerap terutamanya untuk laluan dari Kuala Lumpur ke Johor, Kedah, Pahang, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

juruterbang

“Setakat ini untuk perjalanan antarabangsa pula, saya sudah menerbangkan pesawat ke India, China, Jepun, Australia, Vietnam, Myanmar dan banyak lagi dalam tempoh hampir empat tahun berkhidmat dengan MAS,“ katanya.

Diskriminasi gender

Menebak bagaimana munculnya keberanian untuk bergelar juruterbang, Khaysha memandang tepat penulis.

Akui beliau, profesion itu tidak pernah langsung singgah pada benaknya. Wanita itu lebih mengidamkan untuk menjadi guru.

juruterbang

Pun demikian, qada dan qadar sudah menentukan sebaliknya.

Ketika pertama kali berpeluang berada di dalam isi pesawat ketika melancong bersama ahli keluarga ke Zurich, Switzerland pada usia 15 tahun, perspektif Khaysha berubah.

“Ketika dalam penerbangan, saya terfikir, kalau jadi juruterbang pun okey juga sebab boleh melancong ke negara orang dengan percuma.

Baca juga Hazel Desmond bangga menjadi ‘frontliners’ sampaikan mesej nasionalisme sempena Hari Malaysia

“Saya juga sangat kagum dan taasub dengan kejuruteraan sebuah pesawat gergasi yang mampu melawan graviti untuk terbang tinggi. Bermula dari situ, saya bertekad untuk menjadi juruterbang,“ imbaunya.

juruterbang

Apa yang direncana Khaysha nampaknya tidak berjalan lancar memandangkan ayah tersayang mahu melihat beliau bergelar seorang doktor.

“Saya sebenarnya sudah lanjutkan pengajian dalam Asasi Sains, tetapi bertahan selama dua bulan sahaja kerana jiwa saya bukan di situ.

Baca juga Cantik, berjiwa lasak dan kalis rasa takut. Ahirine penuhi kriteria pelakon hebat

“Saya kembali memujuk ayah untuk membenarkan saya merealisasikan cita-cita saya. Saya kemudian mencari sendiri akademi penerbangan persendirian dan akhirnya saya menuntut ilmu di sebuah syarikat swasta di Langkawi, Kedah,“ katanya.

juruterbang

Berbekalkan lesen juruterbang komersial dan juruterbang pengangkutan syarikat penerbangan, anak kedua daripada tiga beradik itu berusaha mencari peluang berkhidmat di syarikat penerbangan tempatan.

“Masa itu, persaingan cukup sengit. Tak mahu mengganggur terlalu lama, saya mengasah kemahiran dengan menjadi seorang tenaga pengajar di sebuah agensi simulator penerbangan awam selama enam bulan sebelum diterima sebagai kadet juruterbang di Malindo Air (kini dikenali sebagai Batik Air Malaysia),“ kata Khaysha yang memaklumkan beliau merupakan antara kira- kira antara 30 juruterbang wanita di MAS.

juruterbang

Ujar pencinta genre seram tersebut, dirinya mahu membuktikan kemampuan dalam industri yang dimonopoli kaum Adam.

Serentak dengan itu, beliau juga mahu menepis pandangan skeptikal orang ramai yang masih memandang rendah terhadap keupayaan juruterbang wanita.

Baca juga Semangat ‘Phoenix’ bantu Nor Diana takluk gelanggang gusti

“Kami menjalani latihan yang sama tanpa ada diskriminasi gender, jadi tak perlulah timbul isu siapa yang lebih baik atau sebaliknya,“ tegasnya.

Budaya Melayu-India

Bagi Khaysha, berada di ruang kokpit dan merentasi hamparan daratan dari kedudukan setinggi lebih 30,000 kaki menjadi satu kepuasan yang sukar untuk dinyatakan.

“Apabila berada di atas awan, saya rasa sangat tenang kerana dapat menghayati pemandangan yang cantik dan menenangkan. Ia satu pengalaman yang cukup mahal.

juruterbang

“Selain itu, ada satu perkara yang saya tak boleh lupakan. Saya pernah bersama kapten wanita mengendalikan pesawat yang disertai semua kru wanita. Ketika itu, saya dapat rasakan kekuatan kaum Hawa di situ,“ katanya sambil melakar senyuman.

Pernahkah berdepan dengan saat-saat yang mencemaskan? Akui Khaysha, setakat ini, semuanya berjalan lancar.

“Bagi seorang juruterbang, tugas paling utama kami adalah sentiasa peka dengan cuaca semasa. Selain itu, kami wajib menyemak pelan perjalanan dan melakukan pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi sebelum memulakan penerbangan.

juruterbang

“Semua elemen tak boleh ambil mudah,“ katanya.

Selepas lama berbual dalam suasana santai dan mesra, penulis menyelami pula sisi lain Khaysha terutama tentang kehidupannya di luar lapangan.

Wanita itu lantas berkata, menjadi anak kacukan Melayu-India memberi peluang lebih luas untuk beliau meneroka pelbagai budaya unik yang mengujakan.

juruterbang

Tuturnya, momen yang paling menyeronokkan pastinya ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

“Selalunya untuk Deepavali, persiapan baju baharu paling penting sama ada untuk sari, lehenga atau sut punjabi. Saya lebih suka gabungan sari lehenga dengan warna terang kerana nampak lagi cantik.

“Untuk masakan pula, emak akan masak menu wajib seperti kari kambing untuk dimakan bersama tose, idli, nasi minyak atau beriani. Semua juadah akan dibawa ke rumah saudara dan kami akan makan bersama-sama,“ tuturnya yang memiliki selera lebih kepada kulinari Melayu dan berkebolehan memasak resipi ayam masak merah diolah sendiri.

juruterbang

Iklan

Khaysha juga seorang yang ‘gila pedas.’

“Cili padi dengan diri saya memang tak boleh dipisahkan. Kalau keluar makan di luar, jika masakan tersebut tidak kena dengan selera, saya memang standby siap-siap pek cili padi dalam beg lebih-lebih kalau bertugas di luar negara.

“Lagi satu, kalau saya kata pandai masak, mesti kawan-kawan tak percaya,“ katanya tergelak kecil.

juruterbang

Menongkah awan biru dengan jarak beribu-ribu kilometer sememangnya sedikit sebanyak akan membuatkan masa bersama keluarga terhad.

Adakalanya, apa yang sering dilakukan sebelum ini, tidak dapat dilangsaikan.

Baca juga ‘Harumkan nama negara, raih anugerah antarabangsa.’ Alena Murang satukan bangsa menerusi muzik dan seni

Mengakui hakikat itu, Khaysha berkata, seboleh-bolehnya beliau akan mencari waktu bersama ahli keluarga. Justeru, jika tidak terikat dengan jadual, pada setiap hari Ahad beliau akan mewajibkan diri untuk makan malam bersama insan-insan tersayang.

juruterbang

Itu adalah salah satu cara untuk menghargai pengorbanan ayah dan ibu yang selama ini banyak berkorban, kata peminat rona hitam itu.

“Terus terang saya katakan, setakat ini saya belum berpeluang untuk membawa mak ayah dan adik beradik menaiki pesawat komersial yang saya kemudi. Memang emaklah orang paling tak sabar nak ikut saya terbang, tapi ayah pula takut-takut (ketawa),“ ujarnya.

Bina akademi sendiri

Bagi seorang yang sentiasa menjadi tumpuan setiap kali melangkah penuh bergaya di lapangan terbang, sudah tentunya penampilan menjadi fokus utama.

Sambil mengangguk setuju, Khaysha memberitahu, beliau seorang yang sangat mementingkan rejim penjagaan diri.

juruterbang

Antaranya melakukan siri rawatan laser pada setiap bulan untuk menghilangkan parut jerawat.

Iklan

“Selain itu, saya juga rajin pakai clay mask setiap minggu untuk menjaga kelembapan kulit. Untuk pastikan indeks jisim tubuh pada tahap normal, saya akan bersenam di gim di rumah selain melakukan aktiviti seperti mendaki dan bermain futsal.

juruterbang

“Bila badan fit dan stail kita on point, rasa yakin itu datang sendiri. Satu lagi saya nak kongsi, kerjaya juruterbang ini juga menjadikan saya seorang ambivert.

“Daripada suka menyendiri, kini diri saya semakin berubah menjadi seorang yang peramah. Saya juga menjadi lebih matang dan berdisiplin,“ ungkapnya.

juruterbang

Ambivert merupakan ciri keperibadian kombinasi antara introvert dan extrovert. Umumnya, seorang ambivert lebih cenderung mendominasi daripada kelemahan introvert dan extrovert.

Dengan ketinggian 165 sentimeter dan berat badan 57 kilogram sememangnya tuan punya badan sesuai menjadi model.

Sengaja mengusiknya kemungkinan kerjaya itu boleh dijadikan profesion sampingan, Khaysha terus tertawa.

juruterbang

“Sebetulnya, memang saya sering dilamar oleh syarikat peragaan, namun semua tawaran tersebut ditolak dengan baik. Saya tidak pernah membayangkan untuk berada dalam dunia penuh glamour termasuklah terjun ke dalam bidang seni.

“Misi saya ketika ini untuk mencapai tahap lebih tinggi dan berusaha belajar perkara baharu setiap hari. Sebab apa? Setiap kali memulakan tugas, kita akan menempuh situasi yang berbeza, justeru pengalaman dan ilmu tambahan sangat penting,“ katanya yang sudah mencatat rekod 1,700 jam penerbangan.

Sebelum mengucapkan selamat tinggal, beritahu Khaysha, beliau memasang impian untuk memiliki sebuah akademi penerbangan sendiri dan mahu bergelar pengajar satu hari nanti.

juruterbang

“Untuk membina sebuah akademi, mungkin ia satu angan-angan yang terlalu besar untuk dicapai. Apa-apa pun doakan ya,“ ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan