10 fakta Ribut Eunice, membadai UK dan Eropah 196 km/j, ragut 16 nyawa

A
A
A

VIDEO yang memaparkan angin kencang melanda pelbagai lokasi di United Kingdom (UK) dan negara-negara di Eropah tular di laman sosial.

Ribut Atlantik yang membadai UK dan barat laut Eropah pada hari Jumaat membawa angin selaju 196 kilometer sejam (km/j), mengorbankan sekurang-kurangnya 16 mangsa.

Berikut 10 fakta mengenai ribut yang mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat ini:

1. Ribut Eunice turut dikenali sebagai Ribut Zeynep di Jerman dan Ribut Nora di Denmark.

2. Ribut itu dikatakan salah satu ribut terburuk yang melanda UK dalam beberapa dekad.

Baca juga: Hati-hati dengan taufan Molave, ini penting apa perlu anda tahu

3. Ribut Eunice dinamakan oleh Pejabat Meteorologi Britain pada 14 Februari 2022.

4. Pada 16 Februari, amaran buruk itu telah dikeluarkan untuk seluruh Selatan England, Wales dan Midlands.

5. Amaran cuaca merah kemudiannya dikeluarkan pada 17 Februari untuk bahagian South West England dan South Wales, dengan amaran merah kedua dikeluarkan pada 18 Februari untuk London, Tenggara dan Timur England.

6. Menurut perkhidmatan kecemasan, sekurang-kurangnya 16 orang maut akibat pokok tumbang dan serpihan bangunan berterbangan ketika ribut membadai di Britain, Ireland, Belanda, Belgium, Jerman dan Poland.

7. Pengendali kereta api di Britain menggesa orang ramai supaya tidak membuat perjalanan selepas kebanyakan rangkaian ditutup apabila ribut itu membawa tiupan angin paling kuat pernah direkodkan di England iaitu 196km/j.

8. Rangkaian kereta api di Belanda lumpuh tanpa perkhidmatan antarabangsa Eurostar dan Thalys berjalan dari Britain dan Perancis selepas kerosakan pada talian kuasa.

9. Perancis dan Ireland bergelut dengan gangguan rel dan bekalan elektrik terputus. Manakala 1,000 kilometer landasan pengendali kereta api Jerman, Deutsche Bahn mengalami kerosakan.

10. 1.2 juta penduduk Poland tidak mendapat bekalan elektrik pada petang Sabtu selepas Eunice membadai barat laut negara itu.

Baca juga: Saintis rekod kilat terpanjang di dunia, hampir 800 kilometer, rentasi 3 buah negeri

Susulan Eunice, Ribut Franklin pula melanda UK selepas ratusan amaran banjir dan angin peringkat kuning dikeluarkan.

Agensi Alam Sekitar Britain berkata banjir diramal berlaku di 88 kawasan terutamanya di utara dan barat England dan 137 di kawasan di barat laut UK, London dan pantai selatan.

Bagaimanapun, kerosakan daripada Ribut Franklin dijangka tidak seteruk yang diakibatkan Ribut Eunice kerana angin kuat terhad di kawasan persisiran pantai.

Terdahulu, Taufan Rai melanda Filipina Disember lalu. Taufan dengan kelajuan 195km/j itu membadai Pulau Siargao mengakibatkan 400 terbunuh.

Taufan Haiyan atau Taufan Super Yolanda direkodkan sebagai taufan paling dahsyat di dunia dengan membawa angin selaju 230 hingga 315 km/j. Ia melanda Filipina pada November 2013.

Baca juga: Awas! 8 negeri ini berpotensi dilanda puting beliung, berikut 6 fakta anda perlu tahu

Jom follow Sinarplus di Instagram!

Sumber: SkyNews, Al-Jazeera, BBC

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang