HATI ibu mana yang sanggup melihat anak-anak sakit di depan mata.

Setiap ibu pasti akan sanggup mempertaruhkan nyawanya sendiri demi anak tersayang.

Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita di England ini apabila perlu membuat pilihan untuk menderma buah pinggang kepada salah seorang anaknya.

Menurut BBC, Sarah Bingham, 41, dari Northumberland, England, harus mempertimbangkan keputusan itu untuk dua anaknya, Noah, 20, dan Ariel yang berusia 16 tahun.

Kedua-dua anaknya menderita gangguan genetik yang sama, didiagnosis dengan nefronofthisis iaitu suatu keadaan yang mengganggu fungsi ginjal melalui keradangan dan parut serta kini memerlukan pemindahan buah pinggang.

Ariel, anak kedua, pertama kali menunjukkan gejala pada tahun 2016. Pada masa itu dia mengalami keletihan yang berterusan.

Keluarga pada mulanya menyangka Ariel keletihan kerana sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan, namun dia dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit perut yang teruk.

The Mirror turut melaporkan, hasil ujian ketika itu menunjukkan bahawa ginjalnya hanya berfungsi hanya pada kapasiti 25% dan mengalami penurunan menjadi 17%.

2 anak perlu buah pinggang, malangnya ibu hanya boleh derma satu sahaja

Tiga tahun kemudian, abangnya, Noah pula didiagnosis menghidap nefronofthisis juga bermula dengan mengalami sakit yang teruk dan muntah darah.

Noah juga mengalami gastroparesis, penyakit yang menjejaskan otot perut atau saraf yang mengawal otot menyebabkan otot tersebut berhenti berfungsi dengan baik, menyebabkan penurunan berat badan yang teruk.

Iklan

Ayah mereka, Darryl Bingham, 49 tahun, tidak dapat menderma ginjal kerana dia mempunyai jenis darah yang berbeza.

Sarah memberitahu Wales Online, dia perlu keadaan itu sangat sukar untuk dilaluinya.

“Sangat sukar kerana kedua-dua anak saya memerlukan buah pinggang, tetapi saya hanya mempunyai satu buah ginjal yang dapat saya berikan.

“Sebagai seorang ibu, sudah pasti mahu melakukan yang terbaik buat anak-anak, ingin melihat mereka sihat daripada kesakitan,” katanya.

Baca juga [VIDEO] Pelik tetapi benar, nama tiga beradik ini sempena nama pautan laman web yang menyatukan cinta ibu bapa mereka

Iklan

Namun kegusaran si ibu berakhir apabila dua saudaranya tampil untuk mendermakan kepada salah seorang anaknya.

Dua saudara yang tidak mahu disebutkan namanya berjaya mempunyai buah pinggang yang tepat untuk Noah.

Akhirnya si ibu boleh mendermakan buah pinggangnya kepada anak perempuannya, Ariel.