KASIHNYA seorang bapa, sanggup berkorban apa sahaja untuk mencari darah dagingnya sendiri yang hilang akibat diculik.

Lebih dua dekad tahun penculikan itu berlalu, si bapa Guo Gangtang, 51, akhirnya dapat memeluk semula anak lelaki, Guo Xinzhen, 26.

Difahamkan, Guo Xinzhen diculik pada 1997 ketika berusia dua tahun di depan rumahnya di wilayah Shandong. Namun bapa dan anak ini akhirnya disatukan kembali.

Memetik laporan BBC melaporkan, dua orang turut ditangkap atas tuduhan menculik dan menjual Guo Xinzhen pada September 1997.

Polis mengenal pasti anak lelaki kepada Guo Gangtan itu melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kata Kementerian Keselamatan Awam China.

Laporan itu mengatakan polis menangkap dua suspek bernama Hu, 56, dan seorang wanita bernama Tang, 45, di wilayah Shanxi di utara China. Ketika kejadian, mereka merupakan sepasang kekasih.

Ketika kejadian, pasangan terbabit dipercayai menculik kanak-kanak itu dengan niat untuk menjualnya.

Melihat anak itu bermain di luar rumah, Tang terus membawanya lari dan menjual kanak-kanak berkenaan

Hu dan Tang difahamkan menjual kanak-kanak itu ke wilayah Henan, dimana mereka menetap sehingga kini.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Lelaki Sebak Nampak Arwah Ayah Dalam Google Street View. Niat Asal Nak Lepas Rindu Kampung Halaman

Lebih memilukan, selepas kehilangan Xinzhen, Guo Gangtan aktif mencari anaknya, sejak 24 tahun lalu.

Menurut laporan South China Morning Post, beliau menunggang motosikalnya sejauh kira-kira 500,000 kilometer dan merentasi ke lebih 20 wilayah di China untuk mencari Xinzhen.

Dalam perjalanan mencari si anak, Gangtan berhadapan pelbagai ujian. Malah dia dilaporkan pernah cedera dalam kemalangan, dirompak. 10 buah motosikal miliknya rosak sepanjang misi pencarian itu.

Malah, bapa berkenaan pernah cuba menamatkan riwayat hidupnya sendiri.

“Hanya di atas jalan saya merasakan saya seorang ayah. Saya tiada alasan untuk menghentikan pencarian. Mustahil untuk saya menghentikannya,” kata Gangtan.

Ketika dipertemukan dengan Guo Xinzhen, keluarga itu dibanjiri ucapan tahniah daripada pengguna media sosial di China.

“Anak ibu, kamu kembali,” kata isteri Gangtan sebak tatkala memeluk anak lelaki mereka.

Iklan

Kisah perjuangan Gangtan juga telah difilemkan. Filem berjudul “Lost and Love,” lakonan aktor Andy Lau dimana mengisahkan seorang bapa mencari anak yang diculik namun bertemu kegagalan.

Difahamkan, masalah penculikan kanak-kanak berleluasa di China, sejak bertahun-tahun lamanya.

The Washington Post melaporkan antara 20,000 hingga 200,000 kanak-kanak hilang di China pada 2017.