28 tahun dibesarkan sebagai wanita, setahun jadi lelaki, Aprilio Perkasa Manganang berkahwin
BEKAS atlet bola tampar wanita Indonesia dan anggota Angkatan Tentera Darat Indonesia (TNI), Aprilio Manganang secara rasminya sudah bernikah dengan kekasihnya Claudia Cvanrhyn baru-barunya.
Hari bahagia Aprilio, 30, dikongsikannya di Instagram. Pada awalnya, beliau hanya memuat naik foto dirinya memakai sut biru dengan kemeja putih.
'Diberkati hari ini.'Demikian tulis Aprilio Manganang di sebuah hotel di Sulawesi Utara. Sehari kemudian, perajurit itu memuat naik gambar bersama isterinya menunjukkan cincin perkahwinannya dengan kapsyen -‘Bebas’.
Baca juga: Dibesarkan wanita, Aprilia Manganang lalui detik indah disahkan lelaki sejati
Claudia tampil anggun memakai gaun berlengan panjang berwarna putih. Senyuman gembira terpancar di wajah pasangan mempelai
CNN Indonesia melaporkan sebelum ini, Aprilio dikenali sebagai atlet bola tampar wanita dengan nama Aprilia Santini Manganang.
Aprilio mengalami masalah kesihatan dipanggil hypospadias yang membabitkan ciri abnormal pada alat sulit. Masalah kesihatan ini sering dialami oleh bayi lelaki semasa dilahirkan.
Selepas menjalani pembedahan, beliau yang menggunakan nama Aprilia Manganang secara rasmi bergelar lelaki dan menukarnya kepada Aprilio Perkasa Manganang semasa perbicaraan yang diadakan di Mahkamah Daerah Tondano, Sulawesi Utara, Mac 2021.
Baca juga: Pengakuan bekas Dewi Remaja: 'Syukur, ALLAH tutup aib saya.'
Aprilio menjadi perhatian ramai selepas 28 tahun dibesarkan sebagai wanita. Ujian perubatan mendapati beliau adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi.
Paling menyentuh hati apabila perjalanan proses rawatan Aprilio yang dikongsi di YouTube TNI AD sehingga membuatkan mereka yang hadir pada upacara tersebut menitiskan air mata.
Aprilio juga memiliki seorang abang bernama Armansyah Erwiandi Manganang, 33, yang dahulunya dikenali sebagai Amasya Manganang.
Baca juga: 20 tahun hidup jadi wanita, tak sangka jantina sebenarnya lelaki
Armansyah yang terdahulu bekas pemain bola tampar wanita Indonesia turut mengalami masalah hypospadias seperti Aprilio.
Armansyah secara rasmi menukar nama kepada lelaki pada Jun 2021.
Baca juga: Nama anak dipertikai kononnya tidak sesuai dengan jantina. Ini luahan ibunya
Sumber: CNN Indonesia
Kredit foto: Instagram Aprilio Perkasa Manganang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang