3 kes Covid-19, Perdana Menteri New Zealand arahkan ‘lockdown’ tiga hari

A
A
A

PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah memerintahkan kota terbesar di negara itu, Auckland untuk 'lockdown' ekoran penemuan tiga kes tempatan baru Covid-19.

Tindakan tersebut diambil setelah menerima pertambahan kes baru-baru ini di bandar tersebut melibatkan sebuah keluarga kecil terdiri daripada pasangan suami isteri dan seorang anak kecil.

Menurut laporan BBC, lockdown melibatkan 1.7 juta rakyat Auckland itu memerlukan mereka berkurung di rumah bermula hari ini sehingga 17 Februari.

Dilaporkan negara itu telah bebas daripada Covid-19 sepenuhnya sebelum ini.

Difahamkan langkah drastik yang dibuat oleh Jacinda Ardern bagi mengelakkan daripada penularan wabak Covid-19 yang mungkin merebak sekali gus membuatkan tempoh perintah lockdown terpaksa dilanjutkan.

Langkah berkenaan ternyata mendapat pujian orang ramai seluruh dunia namun arahan itu dikatakan kurang disenangi sekumpulan warga Auckland.

3 kes Covid-19, Perdana Menteri New Zealand arahkan ‘lockdown’ tiga hari

Mereka menolak dan mengadakan demonstrasi di luar pejabat perdana menteri.

Baca juga Di sebalik Covid-19: Budak perempuan 12 tahun buka kelas di jalanan kerana sekolah ditutup

Namun keadaan masih terkawal dan polis sedang memantau situasi tersebut.

Sementara itu, di negara kita merekodkan penurunan kes baharu jangkitan Covid-19 kepada 2,176 hari ini dan semalam 2,464 kes iaitu kurang 1,035 kes daripada 3,499 pada Sabtu.

Alhamdulillah, rata-rata mengharapkan penurunan akan berterusan menjelang bulan Ramadan nanti.

Sama-sama kita doakan dan terus mengamalkan SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian Covid-19 di negara kita.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang