USAHA MURNI. Penularan pandemik Covid-19 yang melanda di seantero dunia bukan sahaja menjejaskan kesihatan orang ramai dan sektor ekonomi, malah ia turut menyebabkan sesi pembelajaran di sekolah tergendala.

Impaknya, para pelajar terpaksa menghadiri kelas secara dalam talian (online) menggunakan telefon pintar, laptop ataupun peranti moden. Namun begitu, tidak bagi negara atau wilayah yang ‘serba kekurangan’.

cikgu dunia

Penutupan operasi sekolah secara tidak langsung mengakibatkan pelajar terkapai-kapai dan hanya menghabiskan masa dengan bermain. Inilah yang berlaku di wilayah Dakahlia, Mesir sehingga mendorong seorang kanak-kanak perempuan bernama Reem El-Khouly memikul tanggungjawab sebagai guru.

cikgu dunia
USAHA murni Reem turut mendapat perhatian syarikat tempatan sehingga ada yang bermurah hati menyumbangkan papan putih dan pen marker.

Menurut laporan hindustantimes.com, enggan membiarkan anak-anak di perkampungan Atmidah ketinggalan dalam pelajaran, Reem berusia 12 tahun mengambil inisiatif menawarkan khidmat mengajar.

Dimaklumkan, kanak-kanak perempuan terbabit sanggup membuka kelas bertempat di tepi jalan kawasan kejiranan itu setiap hari yang dihadiri kira-kira 30 murid berusia 12 tahun ke bawah.

“Saya berpendapat daripada membiarkan mereka (murid) bermain sahaja di jalan, maka lebih baik saya mengajar.

“Setiap hari selepas bangun dan solat saya segera memanggil mereka untuk memulakan kelas Bahasa Arab, Matematik, subjek agama dan Bahasa Inggeris,” katanya seperti dipetik laporan hindustantimes.com baru-baru ini.

Pada peringkat awal Reem mengajar menggunakan buku nota sebelum bertukar kepada papan hitam dan kapur. Pun begitu, beliau kini telah beralih pada papan putih dan pen marker sumbangan syarikat tempatan.

Artikel berkaitanLakar Sejarah Baharu, Arab Saudi Bakal Lantik Hakim Kerajaan Dalam Kalangan Wanita Tidak Lama Lagi…

cikgu dunia
SELAIN Bahasa Arab, Reem (berdiri) turut mengajar subjek Matematik dan Bahasa Inggeris kepada 30 ‘anak muridnya’ setiap hari.

“Pada mulanya ibu tidak menggalakkan (buka kelas) memandangkan suara saya terlalu lantang.

“Bagaimanapun, lama-kelamaan ibu menyokong selepas melihat murid berinteraksi dengan saya dan memperoleh manfaat di dalam kelas ini,” tutur Reem yang memasang impian menjadi guru Matematik.

Dalam pada itu, Mohamed Abdel Moneim, 9, salah seorang ‘murid’ di dalam kelas berkenaan menzahirkan kegembiraan kerana berpeluang menuntut ilmu.

Iklan

 

cikgu dunia

“Sebaik sahaja sekolah ditutup, Reem mula mengajar supaya kami tidak lupa pelajaran yang dipelajari di sekolah.

Iklan

“Saya sayang Miss Reem kerana kini lebih memahami subjek Bahasa Arab, Matematik dan Bahasa Inggeris yang diajarnya,” ujarnya.

Artikel berkaitanPelajar Pertama Dikebumi Di Maqam Para Auliya Mesir, Ini Amalan Allahyarhamah Nurul Huda Ketika Hidup

Sumber: hindustantimes.com dan reuters.com