4 hari terperangkap, cedera parah dan lemas, kanak-kanak terjatuh lubang 35 meter meninggal dunia
EMPAT hari yang terjatuh ke dalam lubang sedalam 35 meter, kanak-kanak Vietnam akhirnya meninggal dunia. Kecederaan parah dan lemas dikenal pasti sebagai puncanya.
Lapor BBC, pihak berkuasa tempatan mengesahkan budak lelaki berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam tiang konkrit berongga pada ambang tahun baru sudah tiada lagi.
Thai Ly Hao Nam yang terjatuh ke dalam lubang tiang yang hanya selebar 25cm (10 inci) di sebuah tapak pembinaan di di wilayah Dong Thap menjadi perhatian ramai.
Baca juga: Kanak-kanak terjatuh lubang 35 meter, 25 cm lebar ketika cari besi buruk, raungan pilu meruntun hati
Empat penuh debaran, pihak penyelamat daripada pelbagai lapangan bertungkus lumus cuba menyelamatkan nyawa anak kecil itu.
Saat ini, pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengeluarkan jasad untuk disemadikan.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Wilayah Dong Thap, Doan Tan Buu berkata oksigen yang tidak mencukupi dan beberapa kecederaan yang dialami kemungkinan punca kanak-kanak itu meninggal dunia.
"Kami telah mengutamakan penyelamatan kanak-kanak itu. Bagaimanapun dengan keadaan mustahil kanak-kanak itu terselamat," katanya.
Baca juga: 4 hari jatuh perigi ada ular, kala jengking, berikut kronologi budak 10 tahun terselamat
Dua hari selepas terjatuh, tangisan pilu Nam meminta tolong masih didengari. Bagaimanapun penyelamat tidak lagi menerima sebarang respons daripada si kecil itu semasa menurunkan kamera pada hari Isnin.
Pihak berkuasa Vietnam mengerahkan ratusan askar dan pakar kejuruteraan untuk menyelamatkannya.
Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh meminta penyelamat peringkat persekutuan untuk menyertai usaha pihak berkuasa tempatan menyelamatkan kanak-kanak malang itu.
Mereka telah mengeluarkan lumpur dan air dalam usaha untuk menaikkan tiang dan menyalurkan oksigen untuk membantu si kecil itu bernafas.
Thai Van Tan Tai, 40, bapa kepada Nam berada di tempat kejadian sejak hari pertama kemalangan menimpa anaknya.
Baca juga: Kecederaan otak, paru-paru, tulang patah punca kematian Rayan, berikut kronologi operasi menyelamat
Difahamkan pada 31 Disember 2022, Nam dan tiga orang rakannya ke tapak projek pembinaan jambatan Roc Sen kira-kira satu kilometer dari rumahnya untuk mengumpul besi buruk.
Nam terjatuh ke dalam lubang cerucuk konkrit berongga yang yang berdiameter 25 cm dan 35 meter dalam.Menurut saksi, Nam meminta bantuan selama kira-kira 10 minit sebelum suara itu beransur hilang.
Warga maya yang mengikuti proses menyelamat Nam meluahkan kesedihan.
- “Ini benar-benar menyayat hati. Kanak-kanak yang malang ini kehilangan nyawanya ketika mencari nafkah.”
- “Bersemadilah anak. Sedih memikirkan keluarga dan rakan-rakannya”
- “Sedihnya, takziah buat keluarga kanak-kanak ini.”
Lubang yang dalam meragut nyawa kanak-kanak dari seluruh dunia. Pada awal tahun 2022, kanak-kanak di Maghribi dan Afghanistan menjadi perhatian dunia selepas maut kerana terjatuh ke dalam telaga.
Haidar, 9, dan Rayan Awram, 5, masing-masing maut terjatuh ke dalam perigi sedalam 25 meter dan 32 meter.
Baca juga: Kesudahan serupa Rayan, kanak-kanak Afghanistan terperangkap perigi 70 jam meninggal dunia
Sumber: BBC, vneexpress.net
Kredit foto: vneexpress.net
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang