Kesudahan serupa Rayan, kanak-kanak Afghanistan terperangkap perigi 70 jam meninggal dunia

A
A
A

TERPERANGKAP perigi sejak Selasa lalu, kanak-kanak Afghanistan dikenali sebagai Haidar akhirnya pergi buat selama-lamanya.

Haidar tergelincir Selasa ke dasar perigi yang digali di Shokak, sebuah perkampungan tandus di wilayah Zabul, kira-kira 400 kilometer ke barat daya ibu kota Kabul.

Sejak hari pertama terperangkap, pihak berkuasa dan penyelamat tidak berhenti berusaha mengeluarkannya.

Baca juga: Kanak-kanak 9 tahun 2 hari terperangkap dalam perigi di Afghanistan, 3 lagi kes sama meruntun dunia

Baca juga: [VIDEO] 4 Hari Terperangkap Dalam Perigi 32 Meter, Misi Menyelamat Kanak-Kanak Maghribi Raih Perhatian Dunia

Bagaimanapun, tempoh terperangkap selama 70 jam itu amat mencabar kanak-kanak itu. Berita pemergiannya diumumkan Penasihat Kanan Kementerian Dalam Negeri Afghanistan Anas Haqqani, dalam ciapannnya di Twitter.

“Dengan kesedihan yang mendalam, Haidar sudah pergi buat selama-lamanya,” ciapnya.

Jurucakap polis memberitahu AFP bahawa Haidar masih hidup apabila anggota penyelamat tiba.

"Dalam minit pertama selepas operasi menyelamat selesai, dia masih bernafas dan pasukan perubatan memberikan bantuan oksigen. Namun apabila pasukan perubatan cuba membawa ke helikopter, dia pergi buat selama-lamanya," katanya.

Baca juga: Kecederaan Otak, Paru-Paru, Tulang Patah Punca Kematian Rayan, Berikut Kronologi Operasi Menyelamat

Datuk kepada Haidar, Abdul Hadi, 50, memberitahu AFP cucunya jatuh ketika dia cuba membantu orang dewasa menggali lubang perigi di kampung yang dilanda kemarau.

Menurut laporan Gulfnews, Haidar tergelincir dan jatuh ke dalam lubang sempit sedalam 25 meter (82 kaki). Dia kemudian ditarik dengan tali sehingga kira-kira paras 10 meter (33 kaki) sebelum tersangkut di sebalik batu.

Pemergian anak kecil itu mengingatkan kita kepada pemergian Rayan Awram,5 , kira-kira dua minggu yang lalu.

Seluruh dunia bersama-samanya sepanjang empat hari, mendoakan keselamatan dan usaha menyelamat dengan ‘hashtag’ #SaveRayan.

Namun ternyata ALLAH lebih menyayangi. Rayan disahkan meninggal dunia operasi menyelamat yang panjang dan rumit.

Baca juga: Kanak-Kanak Terperangkap Perigi 32 Meter Meninggal Dunia, Berikut Tragedi #SaveRayan Menarik Perhatian Global

Jom follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Gulfnews,Al-Jazeera

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang