[8 Foto] Akhiri zaman duda kali ke-4, beza umur 30 tahun tak halang Marc Anthony pilih bekas ratu cantik sebagai isteri

A
A
A

PERBEZAAN usia 30 tahun tidak menghalang penyanyi terkenal Marc Anthony untuk memilih Nadia Ferreira yang baru berusia 23 tahun sebagai isterinya baharunya.

Beberapa keping gambar memaparkan penyanyi yang juga pelakon popular itu tampil segak dalam persalinan sut mewah daripada Christian Dior.

Baca ni Dulu penyampai radio, kini Alex Hirschi menjadi pempengaruh kereta wanita terkaya di dunia

Sementara isterinya, Ferreire cukup anggun menyarungkan gaun putih hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Galia Lahav.

Pasangan tersebut diraikan dalam satu majlis resepsi gilang-gemilang bertempat di Pérez Art Museum yang terletak di Miami, Florida, Amerika Syarikat.

Baca lagi Tidak suka digelar seksi, Markovic pemain bola sepak tercantik di dunia, pilih sukan berbanding jadi model

Menerusi laporan People, ramai rakan selebriti yang hadir meraikan pasangan tersebut.

Antaranya, bekas pemain bola sepak terkenal, David Beckham bersama isterinya, Victoria Beckham, Salma Hayek, Lin Manuel Miranda dan Luis Fonsi.

Isteri Beckham turut mendedikasi ucapan khas buat pasangan pengantin menerusi satu perkongsian di Intagram miliknya.

“Tahniah Mr dan Mrs! Kami sangat menyayangi anda berdua. Ini merupakan satu penghormatan kerana menjadi sebahagian daripada hari istimewa dan meraikan cinta anda," tulis bekas anggota kumpulan Spice Girls itu.

Baca lagi Kisah cinta klasik sejak usia 9 tahun. Kenali Antonella Roccuzzo, wanita di sebalik kejayaan Lionel Messi

SARUNG CINCIN BERLIAN

Pemenang Anugerah Grammy tiga kali dan Naib Juara pertandingan Miss Universe 2021 dari Paraguay sebelum itu mengikat tali pertunangan pada Mei 2022.

Malah, Ferreira turut berkongsi berita tersebut menerusi Instagram Story dengan memuat naik gambar kedua-dua tangan mereka. Pada jari manisnya tersarung cincin berlian yang besar dan berkilauan.

Untuk rekod, Anthony penyanyi yang terkenal dengan lagu May Baby You itu pernah mendirikan rumah tangga bersama isteri pertamanya, Dayanara Torres yang juga pemenang pertandingan ratu cantik, Miss Universe 1993 pada 2000.

Pun demikian, hubungan tersebut tidak kekal lama apabila mereka mengambil keputusan bercerai pada tahun 2004 selepas dikurniakan dua cahaya mata.

Kemudian, pemenang Anugerah Grammy Latin sebanyak enam kali itu meraih perhatian apabila mengahwini penyanyi terkenal Jennifer Lopez (Jlo) pada tahun yang sama.

Namun, beliau sekali lagi menjadi bualan ramai apabila perkahwinan tersebut tidak berkekalan apabila pasangan tersebut mengumumkan perpisahan dan bercerai secara rasmi selepas 10 tahun bersama.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan anak kembar yang kini berusia 15 tahun.

Baca ni 'Menu simple, nasi tetap makan.' Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

Untuk perkahwinan kali ketiga, Anthony memilih aktres asal Venezuela, Shannon De Lima pada 2014 sebelum bercerai pada 2017.

Sepanjang perkahwinan terdahulu, Anthony dikurniakan lima orang anak dan seorang anak angkat yang berusia di antara 28 dan 15 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang