9 tahun tak sedar bawa janin dalam perut, wanita meninggal dunia tak cukup zat
SEMBILAN tahun bukan tempoh yang singkat, namun ia adalah tempoh yang sukar bagi seorang wanita berusia 50 tahun dari Congo ini hingga membawa kepada kematian.
Diuji dengan sakit dalam perut hampir satu dekad, wanita yang tidak didedahkan namanya itu mengalami senak dan bunyi dalam perut selepas makan.
Siapa sangka ia berpunca daripada janin yang telah berubah menjadi 'batu'. Misteri itu terungkai selepas wanita berkenaan mendapatkan rawatan daripada seorang doktor di New York, Amerika Syarikat.
Wanita berkenaan menceritakan kisah kehamilan anak kesembilannya ketika berada di Tanzania dan pernah mendapatkan pemeriksaan di klinik kem pelarian selepas menyedari bayinya tidak lagi bergerak.
Pakar perubatan di sana memberitahu jantung janinnya itu tidak berdegup jantung dan mengesyorkan ia ‘gugur’ secara semula jadi di rumah. Beliau diberi opsyen kembali dalam masa dua minggu jika janin tidak gugur sendiri.
Baca juga: Bukan semua pendarahan ketika hamil petanda keguguran. Ini antara sebab-sebabnya
Wanita itu mengikut arahan tetapi ketika kembali ke klinik beliau disambut oleh orang luar (bukan petugas perubatan) yang menuduhnya melakukan kerja jahat dan membunuh bayi.
Hal itu menyebabkan ibu berkenaan bergegas pulang dan berdoa sebelum memutuskan untuk tidak mendapatkan bantuan perubatan.
Dia kemudian terus membawa janin yang mati selama sembilan tahun di dalam perut dan tidak berhubung dengan doktor sehingga melakukan pemeriksaan kesihatan enam bulan sebelum berpindah ke Amerika Syarikat.
Dr Waseem Sous, pakar perubatan SUNY Upstate Medical University yang melaporkan kes itu, berkata wanita itu menolak rawatan kerana takut akan pembedahan dan hanya memilih untuk pemantauan gejala sahaja.
Janin 'batu' itu terus menghimpit ususnya menyebabkan organ itu tersumbat. Tidak sekadar itu,kehadiran janin itu juga menghalang penyerapan nutrien penting yang menyebabkan beliau kebuluran.
Baca juga: Hanya 14 di dunia, bayi senyum kekal ‘rare’ jadi TikToker
Ibu malang itu juga mengalami kemerosotan tisu yang membawa kepada serangan jantung, degupan jantung yang tidak teratur dan jangkitan kuman susulan sistem imun yang lemah.
CT-scan mendedahkan halangan pada usus kecilnya dan mampatan vena utama. Ia juga menunjukkan jisim di dalam perut kira-kira enam kali lapan inci dan mengandungi rangka janin.
Apa yang dialami wanita ini dipanggil lithopedion. Janin lithopedion lazimnya meninggal dunia kerana bekalan darah tidak mencukupi sampai ke bayi, menyebabkan kehamilan gagal.
Janin yang tidak dikeluarkan menyebabkan komplikasi yang boleh membawa maut.
Fenomena yang jarang berlaku itu hanya direkodkan kurang daripada 300 kes di dunia.
Baca juga: Sudah ada 7 anak, suami isteri ini teruja timang bayi kembar lima. Kisah paling rare!
Lithopedion berlaku apabila janin (kehamilan ektopik) berkembang di luar rahim mati dan tidak dikeluarkan dari badan.
Ia adalah antara banyak komplikasi kehamilan yang memberikan kesan jangka panjang yang teruk terhadap kesihatan wanita.
Nyawa masih boleh diselamatkan jika pesakit lithopedion mendapatkan rawatan. Seperti satu kes di Colombia yang mana wanita berusia 82 tahun yang membawa janin berusia 50 tahun di dalam perutnya.
Bagaimanapun wanita berkenaan selamat selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan janin ‘batu’ itu.
Satu kes lain di Chile wanita nerusia 90 tahun membawa janin berusia 50 tahun. Janin seberat 2 kilogram yang berada dalam rongga perut itu disedari selepas wanita itu melakukan x-ray selepas terjatuh.
Kes berasingan pada 2015 direkodkan apabila seorang wanita warga emas di Chile didapati masih mempunyai janin berusia 50 tahun di dalam dirinya.
Wanita itu, yang berusia sekurang-kurangnya 90 tahun, dihantar ke hospital di bandar San Antonio selepas terjatuh.
Warga emas itu bagaimanapun tidak dibedah memandang ia berisiko tinggi atas faktor usia yang sudah lanjut.
Jadi wanita, jangan lupa dapatkan pengesahan kedudukan janin selepas hamil. Jangan ambil mudah, ujian imbasan bukan sahaja untuk mengesan lokasi janin malah memantau ia berkembang dengan sihat.
Baca juga: Peningkatan kehamilan semasa kuarantin, Gabenor Jawa Barat sindir para suami
Kredit foto utama: Freepik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang