'Anak saya bukan pengemis...' Pelajar ini terpaksa duduk di lantai, tak dibenar guna kemudahan dalam kelas kerana yuran tertunggak

No Image Caption
A
A
A

SEORANG ibu di Medan, Indonesia berasa hairan apabila anak lelakinya yang sebelum ini tiada masalah untuk ke sekolah tiba-tiba enggan untuk belajar.

Rupa-rupanya sudah dua hari anak lelakinya dihukum dudul di atas lantai oleh guru kelasnya.

Murid yang dikenali sebagai MA dikatakan tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah dan menggunakan kemudahan dalam kelas gara-gara ibu bapanya tidak mampu membayar yuran persekolahan,

Menerusi video tular, ibu yang dikenali sebagai Kamelia tidak dapat menahan sebak apabila melihat anaknya duduk di atas simen dan diperlakukan seperti 'binatang' dihadapan kelas hanya kerana yuran yang tertunggak selama tiga bulan.

Artikel Berkaitan:

Lebih menyayat hati apabila rakan sekelas MA turut meminta Kamelia membayar yuran tersebut kerana tidak sanggup melihat kawannya duduk di atas lantai seperti seorang pengemis.

Wanita itu merancang untuk membayar yuran dengan menjual telefon bimbit miliknya, namun sebelum sempat berbuat demikian, anaknya sudah dihukum.

"Kawan-kawan anak saya mengejar saya sambil meminta untuk mengambil kad laporan anak kerana kesian MA duduk di simen seperti seorang pengemis,"katanya.

Apabila ditanya kepada guru kelas, beliau menjelaskan bahawa itu adalah peraturan sekolah yang ditetapkan bagi pelajar yang mempunyai tunggakan bayaran yuran.

“Cikgu orang yang berpendidikan dan jauh lebih berpendidikan daripada saya. Setidaknya jangan buat anak saya seperti binatang. Inikah peraturan di sekolah?” kata ibu tersebut.

"Peraturannya kalau belum bayar tidak dibenarkan sekolah,"kata guru kelas.

Namun, guru besar sekolah tersebut menyangkal kenyataan itu dan memohon maaf kepada keluarga MA, menyatakan bahawa beliau tidak mengetahui tindakan guru kelas berkenaan.

“Waktu saya sekolah, saya juga tidak mampu bayar tetapi tidak pernah jadi seperti ini,"kata Kamelia.

"Saya pula tidak tahu,"ujar guru besar.

Kejadian itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dari ahli politik dan masyarakat yang menyifatkan perbuatan itu adalah melampaui batas.

Warga maya turut berpendapat pendidikan adalah hak setiap kanak-kanak tanpa mengira latar belakang ekonomi.

Netizen berkata, tindakan menghukum seseorang murid kerana ketidakmampuan keluarga hanya akan menambah emosi kepada kanak-kanak yang tidak bersalah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang