Genius! Baru 5 tahun, Uwais Mohammad Zulqarnain jawab 10 soalan matematik kurang 60 saat

No Image Caption
A
A
A

"Wah hebat! Otak genius."

Demikian pujian warganet di laman sosial yang mengagumi kebolehan adik Uwais Mohammad Zulqarnain.

Baharu berusia lima tahun, kanak-kanak lelaki itu mampu menjawab kira-kira 10 soalan matematik dengan tepat tanpa menggunakan kalkulator dalam masa kurang

60 saat.

Tidak sekadar memiliki kebolehan dalam subjek matematik dan mampu menyelesaikan pengiraan darab satu angka, si cilik itu juga boleh membaca huruf Sepanyol, Russia dan Jawi. Bukan calang-calang!

Ibu anak genius itu, Surya Syafiqah A Rahim, 32, segala-galanya bermula ketika Uwais berusia empat tahun.

Anak sulung daripada dua beradik dapat menguasai matematik secara berperingkat apabila boleh membuat pengiraan tambahan, tolak dan darab.

Artikel Berkaitan:

Artikel berkaitan:

Jelas pengurus perolehan sebuah syarikat swasta itu, Uwais juga boleh membuat pengiraan ratusan hingga trilion dan membuat pengiraan kuasa serta punca kuasa.

Sebagai ibu, Surya tidak menafikan kebolehan dan keistimewaan anaknya adalah hasil usaha beliau dan suami, Mohammad Zulqarnain Alan Zamirza, 33, yang bertugas sebagai jurutera.

Mereka berusaha mencungkil potensi dan minat kanak-kanak berkenaan dalam akademik pada usia masih kecil.

"Kami sentiasa mendedahkan permainan pengiraan kepada Uwais selain membawanya ke kedai buku dan teman saya membaca.

"Kami juga menghantarnya ke kelas membaca dan pertuturan di bandar raya ini.

"Dia memang berminat untuk belajar pelbagai bahasa termasuk bahasa Sepanyol dan Russia, dia belajar sendiri dengan mengakses sumber pembelajaran dalam talian dengan pemantauan saya dan suami.

"Berbanding bermain permainan video di telefon bimbit, Uwais lebih gemar belajar sesuatu yang baharu," katanya.

Jelasnya lagi, anak lelakinya yang sepatutnya mengikuti kelas matematik kanak-kanak lima tahun, melangkaui kelas dan dimasukkan ke kelas kanak-kanak enam tahun.

"Selalunya dia jawab satu soalan matematik untuk darab satu angka antara 3 hingga 5 saat.

"Selalunya saya akan memberikannya 20 soalan, kemudian berehat sekejap, namun dia tidak pernah bosan sebaliknya mahu mencuba lebih banyak soalan," katanya.

Memiliki ibu bapa yang menyokong dan sekeliling yang positif membuatkan perkembangan Uwais sentiasa di hadapan.

Justeru, tidak hairanlah Uwais pernah memenangi beberapa anugerah di peringkat sekolah termasuk murid cemerlang dan anugerah matematik.

"Selain pendedahan kami lakukan, pemakanan Uwais juga banyak mempengaruhi kekuatan mindanya kerana dia gemar mengambil sayuran seperti brokoli, timun, lobak merah, tomato selain buah-buahan dalam menu harian.

"Kami berharap perkembangan aritmetik anak semakin meningkat selain dapat meningkatkan penguasaan ilmu matematik dan bahasa," katanya.

Sumber: Berita Harian


#sinarplus #bella #liffestylesinarharian #TKC #SBP #sekolahberasramapenuh #tunkukurshiahcollege" />

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang