Anggota polis hilang ketika Tsunami Aceh 17 tahun lalu, ditemui di Hospital Mental
TAK siapa sangka berbelas tahun dilaporkan hilang dan meninggal dunia kini dijumpai masih hidup.
Begitu yang terjadi dengan seorang anggota polis di Indonesia apabila beliau ditemui di Hospital Mental Banda Aceh.
Bharaka Zainal Abidin yang dikenali sebagai Asep adalah seorang anggota yang hilang semasa bencana Tsunami melanda Aceh pada 2004.
Berita Asep ditemui sebagai pesakit di hospital itu tersebar selepas dimuat naik seorang pengguna Instagram dikenali @ndorobeii.
Menurut Kompas.com, ketika kejadian Tsunami tersebut, Asep dilantik sebagai pembantu operasi keselamatan bagi Brimob Rejimen II Kedung Halang Bogor
ke Polis Aceh.
Dia ditempatkan di Banda Aceh ketika masih terdapat saki baki kelompok Gerakan Aceh Merdeka (GAM).
Namun, ketika Tsunami melanda Aceh dan kawasan sekitarnya, Asep dilaporkan hilang.
Difahamkan, Asep menjadi pesakit di hospital itu sejak 2009 dan pernah berkunjung ke kampung Fajar untuk tinggal di sana, namun tidak diterima oleh penduduk sehingga menyebabkan dia kembali semula ke hospital.
Bagaimanapun, Polis Wilayah Aceh mengatakan akan menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terlebih dahulu bagi mengesahkan laporan itu.
Ketua Perhubungan Awam Polis Aceh, Pol Winardy mengesahkan perkara itu dan pesakit tersebut akan menjalani ujian DNA, cap jari dan pengenalan tanda lahir.
Baca juga [VIDEO]Cinta sejati! Isteri sanggup derma buah pinggang untuk suami
Polis juga sedang membuat penyelarasan dengan keluarganya di Jawa Barat.
Sehingga kini tiada keputusan yang boleh disimpulkan lagi dan polis sedang mendapatkan maklumat lanjut.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang