Tragis! Anjing jalanan makan mayat terapung di sungai

A
A
A

BARU-BARU ini tular menerusi media sosial sekumpulan anjing jalanan memakan cebisan daging mayat di tebing Sungai Bhagirathi di bandar Uttarkashi, Uttarakhand, India.

Mayat-mayat separuh terbakar tersebut dipercayai pesakit yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

covid indiaArtikel berkaitan6 Punca Wabak Covid-19 Di India Semakin Mengganas

Perkara itu turut diakui oleh masyarakat tempatan yang berada di kawasan kejadian.

"Ketika sedang melukis di sungai saya ternampak anjing-anjing jalanan memakan cebisan daging mayat yang terapung.

"Keadaan seumpama ini tidak seharusnya berlaku. Pihak pentadbiran daerah perlu bertindak segera demi hak si mati dan kesihatan masyarakat," tegas penduduk seperti dipetik laporan Dailymail.co.uk.

Sementara itu, Telegraphindia.com pula menyatakan penduduk tempatan mendakwa sejumlah mayat yang separuh terbakar terbabit terpaksa dihanyutkan ke sungai.

sungai indiaSUNGAI Bhagirathi di bandar Uttarkashi, Uttarakhand, India menjadi pilihan terakhir penduduk setempat menghanyutkan mayat -mayat yang telah separuh terbakar.

Artikel berkaitanIndia Covid-19: Doktor Muda Bunuh Diri, Stres Pesakit Positif Terus Meningkat

Pun begitu, paras air sungai meningkat ekoran hujan lebat sejak kebelakangan, sekali gus menyebabkan mayat-mayat itu terapung sehingga menjadi 'makanan' anjing jalanan.

anjing indiaTULAR menerusi media sosial sekumpulan anjing jalanan memakan cebisan daging dipercayai mayat pesakit Covid-19 di tebing Sungai Bhagirathi di bandar Uttarkashi, Uttarakhand, India.

Melihat insiden sedemikian, sebahagian besar penduduk menzahirkan kebimbangan sekiranya air sungai yang dicemari akan mengakibatkan penularan wabak Covid-19.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Perbandaran Nagar Palike, Ramesh Semwal mengesahkan mengenai situasi berkenaan selepas menerima aduan daripada orang ramai.

“Sesetengah badan mayat yang separuh terbakar telah dimakan anjing-anjing jalanan.

"Oleh itu, saya telah mengarahkan anggota supaya segera menyempurnakan mayat berkenaan dan membersihkan kawasan sekitar sungai," jelas beliau yang tidak memperincikan mengapa mayat-mayat tersebut hanya dibakar separuh.

Difahamkan, tindakan menghanyutkan mayat ke sungai berpunca apabila keluarga tidak berkemampuan mencari tapak untuk menyempurnakan mayat yang maut kerana Covid-19.

covid indiaArtikel berkaitanCovid-19: Bekalan Oksigen Pesakit Di India Semakin Berkurang, Pihak Hospital Tagih Simpati Penduduk Dunia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang