SEPANJANG berlangsungnya temasya sukan Olimpik Tokyo 2020, pelbagai kisah menarik dan mencuri perhatian dapat kita tontonkan.

Terbaharu, kisah atlet Qatar dan Itali bagi acara lompat tinggi menjadi perhatian sebutan ramai.

Atlet Qatar, Mutaz Barshim menambah pingat emas Olimpik dalam gelaran dunianya ketika berkongsi kejuaraan dengan Gianmarco Tamberi dari Itali dalam acara lompat tinggi lelaki semalam.

Barshim dan Tamberi mencatat lompatan terbaik 2.37 meter (m) sementara Maksim Nedesekau dari Belarus juga berjaya melakukan lompatan pada ketinggian itu untuk memecahkan rekod kebangsaan negaranya.

Bagaimanapun, Nedesekau terlepas emas berikutan kegagalan pada lompatan awal.

Namun apa yang menjadi perhatian ramai apabila tularnya sebuah video memaparkan Mutaz Essa Barshim bertanya kepada pegawai pertandingan sama ada bolehkah mereka berkongsi pingat emas itu berbanding pemenangnya perlu ditentukan dengan jump off.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Atlet lompat tinggi sanggup kongsi pingat emas buat warga maya terharu

Sejurus sahaja pegawai pertandingan menyatakan boleh maka kedua atlet tersebut seronok berpelukan dan meraikan kemenangan tersebut.

Iklan

Detik tersebut membuatkan ramai orang yang menonton terharu. Malah, mereka sangat kagum dengan semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh kedua-kedua atlet ini.

Kata mereka;

“Sukan memang menyatukan kita.”

“Aku tengok semalam game ni, nak nangis pun ada tengok player Italy tu”.

“Tengok live malam tadi. Memang terbaik!”

Baca juga London rai bebas ‘lockdown’ dengan kayuhan basikal tanpa berpakaian

“Respect meremang tengok view macam ni”

“Sportmanship! Terbaik.”

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama sejak tahun 1912 ada juara bersama dalam acara trek dan padang Olimpik dikongsi.

Iklan

Sumber: AFP & EPA