Atlet Olimpik Uganda sengaja hilangkan diri, rupanya taktik nak...

A
A
A

TEMASYA Olimpik Tokyo 2020 seolah-olah menjadi 'platform' buat atlet dari Uganda yang dikatakan sengaja menghilangkan diri, sekali gus ambil keputusan menetap di Jepun.

Julius Ssekitoleko berusia 20 tahun yang beraksi bagi acara angkat berat dilaporkan hilang pada Jumaat lalu.

Beliau dipercayai sempat meninggalkan nota meluahkan niatnya untuk dapat terus tinggal di Jepun kerana mengalami kesempitan hidup di tanah airnya.

Pada masa sama, menyatakan tidak dapat meneruskan misi meraih pingat ekoran masalah kuota.

Ini termasuklah, meminta barang miliknya dipulangkan kepada keluarganya di Uganda.

Susulan itu pihak berkuasa giat mencari atlet tersebut yang dikatakan melarikan diri dari kem latihan berpangkalan di Izumisano, Osaka.

Dimaklumkan, Ssekitoleko gagal dikesan selepas pegawai di kem ke biliknya bagi mendapatkan sampel ujian saringan koronavirus.

Ini disebabkan setiap wakil, delegasi dan atlet luar negara perlu menghantar sampel ujian Covid-19 pada sebelah pagi, tetapi sampel Ssekitoleko masih belum diterima sehingga menjelang tengah hari.

Chef de mission Uganda, Beatrice Ayikoru berkata, Julius dijangka mara ke peringkat Olimpik, namun gagal dan perlu pulang ke Uganda bersama jurulatih pada hari Selasa.

Baca juga Bilik Atlet Olimpik Tokyo 2020, Guna Katil Kadbod ‘Antiseks’. Ini Sebabnya… 

“Kami telah sedia maklum setiap atlet tidak dibenarkan meninggalkan kem dan memerlukan kebenaran daripada pegawai," jelasnya.

Dalam perkembangan terkini, The Guardian melaporkan atlet muda itu telah ditemui selepas empat hari melarikan diri dan sedang disiasat pihak berkuasa Jepun.

"Hari ini, lelaki itu ditemui di wilayah Mie tanpa kecederaan dan tidak terlibat dalam sebarang jenayah.

"Dia membawa kad identiti dan memperkenalkan dirinya. Tidak pasti kepada siapa kita harus menghantar lelaki itu, kepada pasukan atau kedutaan," kata wakil pegawai polis Osaka.

Pihak polis memaklumkan Ssekitoleko telah bergerak ke Nagoya sebelum menuju ke Gifu dan Mie di selatan Jepun. Beliau ditemui di rumah individu yang dikenalinya.

Kehilangannya secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat tempatan akan penularan Covid-19.

Terdahulu, seramai sembilan atlet dari Uganda tiba di lapangan terbang Narita pada 19 Jun lalu. Mereka antara kumpulan terawal tiba di Jepun yang mana selepas itu dua peserta disahkan positif Covid-19.

Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang