Bahaya tali layang-layang setajam pisau cukur, enam maut leher terkelar termasuk kanak-kanak

A
A
A

SIAPA sangka layang-layang pun boleh jadi punca kematian. Sebuah festival layang-layang sempena perayaan bertukar tragedi selepas enam orang maut kerana leher mereka berbelit dengan tali permainan itu.

Tak sangka tali layang-layang berpotensi bahaya. Mangsa yang terdiri daripada tiga kanak-kanak dan tiga orang dewasa terbunuh apabila kerongkong mereka dikelar.

Baca juga: Bahayanya! Kanak-kanak 12 tahun maut tercekik bebola daging

Kredit foto: Pexels

Lapor agensi berita Press Trust of India, dalam pesta yang berlangsung di Uttarayan di Gujerat, India pesaingan sengit di mana peserta cuba memutuskan tali layang-layang lawan.

Tali layang-layang yang digunakan berbahaya selalunya disalut dengan serbuk kaca, atau dilapisi dengan logam menjadikannya setajam pisau cukur.

Pegawai tempatan berkata beberapa mangsa mati kerana pendarahan selepas leher mereka terkelar tali yang digunakan oleh peserta.

Polis mengesahkan seramai 176 peserta lagi cedera selepas mengalami luka dan terjatuh ketika menerbangkan layang-layang.

Baca juga: Kanak-kanak 3 tahun maut dijumpai dalam mesin basuh, ini panduan ibu bapa

Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikenali sebagai Kirti sedang menunggang basikal bersama bapa di bandar Bhavnagar apabila lehernya cedera terkena tali layang-layang dan dia meninggal dunia di hospital tempatan.

Dalam kejadian lain, mangsa bernama Kismat yang berusia tiga tahun sedang berjalan pulang bersama ibunya di bandar Visnagar apabila tali layang-layang menyebabkan lehernya terhiris.

Manakala di bandar Rakjot, polis berkongsi mangsa kanak-kanak Rishab Verma, 7, sedang menunggang basikal dengan ibu bapanya  sebelum tali layang-layang melilit leher hingga mengakibatkan kematiannya. Aduhai tragisnya!

Baca juga: Kejamnya, kanak-kanak OKU maut di tangan boyfriend ibu, disumbat dalam guni, buang dalam semak

Kemalangan serupa dilaporkan berlaku di daerah Vadodara, Kutch dan Gandhinagar apabila tiga mangsa dewasa cedera terkelar tali layang-layang ketika berbasikal.

Menurut pasukan keselamatan seramai 130 orang mengalami luka dan 46 lagi tercedera akibat terjatuh dari ketinggian kawasan sekitar festival berkenaan.

Negara seperti Mesir tegas mengharamkan layang-layang bagi memastikan keselamatan rakyat.

Baca juga: Lompat dari sofa, dada tertusuk kaca meja, pemergian tragis kanak-kanak jadi perhatian. 5 info ini wajib tahu

Sumber: New York Post

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang