BANJIR kilat bersama hujan lebat di Indonesia telah meragut nyawa 41 orang di wilayah Flores Timur di Nusa Tenggara Timur,  Indonesia, semalam.

Menurut laporan CNN, perkara itu telah disahkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Jurucakapnya, Raditya Jati berkata dalam satu kenyataan, sekurang-kurangnya tiga lagi dilaporkan turut terbunuh di negara jiran,  Timor Timur.

“Sebanyak 49 keluarga di wilayah Flores, di timur kepulauan Indonesia itu ditenggelami lumpur akibat banjir selain ditimbusi tanah runtuh dan rumah turut dihanyutkan banjir,” katanya.

Di pulau Adonara di sebelah timur Flores pula sebuah jambatan runtuh dan para penyelamat bertempur dengan hujan lebat, angin kencang dan ombak, tambahnya.

Keadaan itu juga menyebabkan pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk ke lokasi kejadian.

Hujan lebat sejak tiga hari lepas di kawasan berkenaan menyebabkan berlakunya banjir lumpur sejak awal pagi Ahad melibatkan beberapa desa dan penempatan penduduk.

Indonesia

Iklan

Jumlah korban dikhuatiri meningkat berikutan masih ramai dilaporkan hilang dan tertimbus dalam runtuhan tanah dan timbunan banjir lumpur.

Baca juga [VIDEO] Misteri kehilangan pekerja syif malam terjawab, rupa-rupanya…

Iklan

Sementara di negara jiran Timor Timur, seorang kanak-kanak berusia dua tahun adalah antara tiga mangsa yang terbunuh dalam tanah runtuh di pinggir ibu kota, kata seorang saksi Reuters, walaupun tidak ada jumlah korban atau kematian rasmi.

Timbalan Perdana Menteri Timor Timur, Lorosa’e José Reis berkata, hujan lebat dan limpahan air telah menenggelamkan rumah dan juga meragut nyawa beberapa mangsa.

“Ada jalan yang runtuh, pokok tumbang dan menghalang jalan masuk ke beberapa kawasan,” katanya yang juga memaklumkan kejadian itu adalah paling terburuk di Timor Timur dalam 40 tahun,” katanya.