Bayi comel dibuang dalam bungkusan, ini rupanya isi kandungan surat yang ditinggalkan buat ramai sebak

A
A
A

GEMPAR penduduk di Asem Jajar, Surabaya, Indonesia baru-baru ini apabila menemui seorang bayi yang dipercayai ditinggalkan di dalam bungkusan selimut berwarna biru.

Lebih mengejutkan, pada awalnya penduduk menyangkakan isi bungkusan berkenaan adalah haiwan yang menjadi mangsa prank oleh anak-anak nakal.

Namun, sangkaan mereka meleset sama sekali apabila menemukan bayi perempuan comel berusia kira-kira tiga bulan bersama sepucuk surat misteri.

Lapor Detik Jatim, bayi yang lengkap berpakaian itu ditinggalkan di hadapan rumah milik seorang penduduk yang dikenali dengan nama Nicomarlib Junhuda.

bayi

Nak dijadikan cerita, wanita itu secara kebetulan mahu keluar dari rumah untuk membeli barang keperluan dapur.

Sebaik saja keluar, beliau terkejut melihat bungkusan selimut itu bergerak-gerak sebelum mengambil keputusan untuk memeriksa lebih lanjut.

bayi

Alangkah terkejutnya apabila mendapati seorang bayi perempuan berada dalam bungkusan tersebut.

Tidak mahu perkara buruk berlaku, penduduk kampung kemudiannya membuat laporan polis.

Hasil siasatan mendapati, bayi berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dilaporkan sihat.

 

Menurut kenyataan Ketua Pesuruhjaya Polis, Dwi Okta, pihak polis sedang melakukan siasatan terhadap kes buang bayi tersebut.

Baca juga 278 janin bayi disumbat di dalam 4 tong dan dibuang ke dalam hutan. Ini kronologi kes mengejutkan

“Pihak berkuasa akan meneliti rakaman kamera litar tertutup yang terdapat di lokasi kejadian yang mana mengesyaki dua individu terbabit. Namun identiti mereka masih belum dapat dikenal pasti disebabkan kualiti gambar kurang jelas.

bayi

"Bayi itu kini sedang menjalani saringan di hospital dan kemudian akan dihantar kepada Khidmat Sosial Penjagaan Balita (PSAB) Provinsi Jawa Timur untuk diserahkan kepada negeri,” katanya.

Isi kandungan surat

Selepas insiden tersebut, tular isi kandungan surat yang ditemui bersama bayi perempuan berkenaan.

Mana tidaknya, setiap tulisan yang dipercayai ditulis oleh ibu kepada bayi berkenaan menggambarkan kesukarannya untuk menjaga anaknya yang dinamakan Alin buat sementara waktu.

bayi

Berikut antara isi kandungan surat tersebut:

“Bu (ibu), saya titip (serahkan) anak saya untuk beberapa waktu bu. Tolong ya bu, nanti saya balik untuk ambil anak saya."

bayi

Rata-rata netizen yang mengikuti kisah sedih itu beranggapan mungkin si ibu berdepan masalah untuk membesarkannya dan menyerahkan kepada orang yang dianggap boleh menjaga anaknya dengan baik.

bayi

“Tak semua orang hidup senang dalam dunia ini. Mungkin si ibu terpaksa tinggalkan anak dengan orang yang dia kenal atau percaya,” demikian kata netizen.

Baca juga Kes buang bayi berleluasa, ini senarai lokasi pusat Baby Hatch seluruh negara

Tak kurang juga membidas tindakan membuang bayi tersebut, sedangkan terdapat beberapa rumah kebajikan yang boleh membantu menjaga anak itu buat sementara.

Meskipun kita tidak berada dalam situasi si ibu, namun pengabaian atau membuang anak adalah satu perbuatan jenayah.

bayi Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

Jika di Malaysia, ia boleh disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

Fuh! Bukan kaleng-kaleng hukuman yang dikenakan ya. Moga insiden ini menjadi iktibar buat kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang