SAAT kelahiran bayi pastinya ditunggu-tunggu oleh ibu bapa. Pelbagai perasaan timbul seperti teruja, gembira, gementar dan perasaan takut juga mungkin ada.

Namun sedikit berbeza dengan kelahiran seorang bayi lelaki di Baghdad, Iraq ini yang mana dia dilahirkan mempunyai tiga zakar.

Menurut laporan The Indian Express, bayi yang dilahirkan tiga bulan lalu itu turut mengejutkan dunia perubatan di mana doktor mengatakan ia adalah kes pertama dalam sejarah yang berlaku di dunia.

Doktor mengatakan ibu bapa bayi tersebut mula mengesan keganjilan pada alat sulit bayi itu dengan skrotum yang bengkak dan ada dua unjuran kulit dihujungnya lalu membawanya ke hospital untuk berjumpa dengan pakar.

Pakar yang kemudian membuat penelitian dan terkejut apabila mendapati keganjilan itu sebenarnya adalah zakar bayi berkenaan sekali gus mengesahkannya menghidap triphallia.

Namun, zakar yang tambahan berukuran 2 cm dan 1 cm itu tidak berfungsi dan mengambil keputusan untuk membuangnya.

Muhammad dan Sophea nama bayi paling popular 2020

Doktor mendapati hanya satu daripada tiga anggota yang berfungsi dengan uretra, saluran yang mengalirkan air kencing dan air mani.

Dr Shakir Saleem Jabali yang mengetuai pasukan doktor berkata, oleh kerana tiada komplikasi lain sepanjang memantau bayi lelaki berkenaan dan memutuskan pembedahan adalah pilihan terbaik untuknya.

Kejadian ini didedahkan dalam International Journal of Surgery Case Reports yang mana triphallia (tiga buah zakar) adalah keadaan yang tidak pernah dilaporkan pada manusia sehingga sekarang. Pesakit dengan zakar supernumerary mempunyai persembahan yang unik dan tidak ada kes yang serupa. Rawatannya sukar kerana ia merangkumi aspek perubatan, etika, dan kosmetik. Pemotongan atau penyusunan semula zakar pendua diperlukan bergantung pada perkembangan badan dan anatomi uretra.

Iklan

Namun terdapat kes yang hampir sama berlaku iaitu diphallia, di mana seorang bayi dilahirkan dengan dua zakar dan mempengaruhi satu daripada enam juta bayi lelaki.

Kes diphallia dilaporkan kali pertama pada tahun 1609 oleh doktor Switzerland oleh Johannes Jacob Wecker.

Baca juga Wanita terkejut, bakal menantu rupa-rupanya anak yang hilang 20 tahun lalu

Iklan

Kes ini dilaporkan 1000 sahaja dan tidak berbahaya tetapi boleh menyebabkan komplikasi kesihatan.

Seperti di Healthline, diphallia dikaitkan dengan banyak keadaan lain yang menyebabkan masalah perubatan.

Individu diphallia juga sering mengalami kecacatan kongenital lain termasuk masalah saluran pencernaan dan saluran kencing.