“BEGITU ‘shulit’ lupakan Reyhan, apa lagi Reyhan baik. Begitu susah cari gantinya…”

Itu ungkapan video tular di media sosial yang mencuri perhatian ramai.

Siapa sangka dengan hanya menyanyi yang bersahaja dan memaparkan memek muka, video itu menjadi trending.

Video nyanyian seorang gadis tersebut menceritakan tentang seorang jejaka idaman yang sukar untuk dilupakan.

Sehingga kini video berkenaan telah menerima lebih 46 juta di TikTok sejak dimuat naik awal bulan ini.

Menggunakan nama Intan Lembata Bunting, gadis dari negara seberang itu meraih perhatian ramai sehingga dijemput hadir ke beberapa program televisyen tempatan.

Menerusi satu program yang dihadirinya, dia tampil membuka cerita siapakah Reyhan yang sebenar.

Baca juga Ibu Tangmo gugurkan semua pertuduhan bunuh, terima pampasan dan barang kemas

"Begitu sulit lupakan Reyhan", gadis buka cerita sebenar video nyanyian tular
Gambar: @riochandra_dp

Ujarnya, dia sememangnya menyukai seseorang lelaki yang bernama Reyhan.

Iklan

Apabila ditanya siapakan Reyhan, Intan memberitahu Reyhan sebenarnya jejaka yang hadir di dalam mimpi.

Rupanya seseorang lelaki yang hadir dalam mimpinya bukan realiti. Yang mempunyai ciri-ciri lelaki yang macho, kacak dan berani.

Akuinya, dia tidak menyangka video nyanyian tersebut mendapat perhatian ramai selain berasa terkejut dan takut pada awalnya.

Iklan

Sumber: @riochandra_dp

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.